Selesai Sudah Auni Di Sekolah Tadika selama 2 tahun ni.Insyallah akan mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan pula beberapa minggu lagi.
Dia pun excited dah nak ke Sekolah kakak.Nak pakai baju putih macam si kakak jugak.Walaupun peperiksaan penggal akhir ni merosot sedikit, tapi takpelah..
Itu pun dia menangis jugak sebab tak dapat no 2 seperti penggal pertama.Umi just cakap kat dia mungkin dia banyak tengok tv.Itu yang naik sikit tu no nya.
Next time mesti adik boleh buat yang terbaik.


Tahniah anak umi.Insyallah semoga Darjah 1 nanti boleh buat yang terbaik lagi.Kena susun balik jadual dia supaya dia tak banyak main.
Kena banyak tingkatkan fokus semasa dia belajar lepas ni.Anak-anak ni dari kecil kita kena bentuk.Nanti kalau dah besar payah la kan.
Alhamdulillah bab membaca tu semua dah ok.Cuma bahasa inggeris tu kena tingkatkan lagi.Sebab tu umi banyak belikan dia buku cerita pendek dari Mommhappy.Jadi boleh la dia baca buku tu selalu.Perenggan-perenggan pendek sangat memudahkan anak membaca.
Ada sesetengah kanak-kanak ni kan, dia tak boleh tengok ayat dalam perenggan tu panjang.Boleh auto tak pandai membaca bila nampak ayat yang panjang-panjang tu.
Si kakak ada perangai macam tu.Bila ayat-ayat pendek laju je dia membaca.Tapi bila ayat tu panjang, auto tak pandai dan merangkak nak membaca.


Buku yang comel dan berbentuk binatang ni best.Umi suka.Kalau korang takde idea nak bercerita apa kat anak-anak boleh la beli buku ni untuk bedtime story anak-anak.Mesti diorang suka.Boleh tambah vocab anak-anak tau.
Baca juga : 10 tips pilih buku untuk anak 6 tahun ke bawah
Tengok isi dalam buku ni.Tulisan besar dan yang penting ayat-ayat bahasa inggeris mudah untuk difahami.
Tengok pula isi dalam untuk buku bahasa melayu tu.Besar dan siap ada warna untuk memudahkan anak membaca suku kata yang ada dalam buku ni.
Best kan?
Kalau korang berminat nak dapatkan buku-buku ni boleh la roger-roger umi ek.Boleh ke page umi untuk lihat pelbagai buku menari untuk anak-anak.
Persiapan Untuk Auni ke Sekolah Kebangsaan
Alhamdulillah setakat ni umi dah pun membeli sikit-sikit untuk dia.Perangai umi tak suka beli last minit.Sebab yelah, umi ni tak kerja, jadi bila ada job atau dapat duit bonus Mommyhappy, umi terus beli.Taknak menyusahkan babah sangat sebab umi tau dia banyak benda nak kena bayar.
Walaupun umi suri rumah sepenuh masa, nak juga ada income sendiri.Apa salahnya kan kita buat dropship.Ada juga rezeki untuk anak-anak.Bila buat keputusan untuk berhenti kerja tu memang rasa susah.Tapi orang kata rezeki anak-anak tu ada je.Walau tak dapat sedebuk beribu-ribu tapi bila anak nak makan itu ini masih lagi boleh belikan kepada mereka
Maka selesai sudah auni di sekolah tadika.Umi pun rasa tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah.Lagi mudah sebab sekali jalan je dengan kakak bila nak hantar diorang ni.Takdelah banyak kali kena keluar rumah untuk ambil kakak dan adik.
Semoga umi sentiasa dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk bantu suami.