SELAMAT ULANG TAHUN MY DEAR SELF

SELAMAT ULANG TAHUN MY DEAR SELF.Berganjak lagi umur umi pada tahun ini.Walaupun pada hari ulang tahun umi,banyak perkara yang tak diingini berlaku, umi tahu, Allah dah aturkan yang terbaik.

Allah swt uji hambanya kerana Dia tahu sejauh mana hambanya boleh atasi segalanya.Sedih tetap sedih, tapi itulah kehidupan,Sentiasa ada pasang surutnya, kadangkala kita diatas dan kadangkala kita dibawah.

Kuncinya ialah sabar.Sabar dengan ujian Allah, sabar dengan ujian yang datang tu, satu nikmat yang Allah beri kat kita.Tanda kita bersyukur dan sentiasa ingat pada dia.

Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya (buta mata), kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya”.

Seteruk mana pun ujian yang Allah bagi, kita kena redha, dan terus kuat demi orang yang kita sayang.

kekuatan umi ada mereka.Walaupun cabaran membesarkan mereka, tetapi kerana mereka umi masih bertahan.Yes, umi kuat!! 

Happy birthday My dear self, please be strong

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *