Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan | Hari terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun yang baru.Tahun 2021.Semoga dengan kehadiran tahun yang baru memberi kita seribu kemanisan.

Kalau dulu kita selalu di berikan satu semangat  untuk mencapai tahun 2020 dengan perkataan WAWASAN 2020.Tapi bila sampainya tahun 2020, kita telah diuji dengan ujian yang berat apabila dunia menerima kedatangan wabak yang meragut banyak nyawa.

Covid-19 merupakan satu wabak yang tak pernah kita ketahui dari mana puncanya.Ia datang bagaikan satu peringatan Allah swt kepada umatnya.Mungkin Allah swt inginkan menguji sejauh mana kesabaran yang ada pada kita.Allah swt rindukan doa-doa dari umatnya.Rintihan dari makhluk ciptaannya yang kian alpa dengan duniawai.

Tetapi dalam kita tak sedar, banyak teguran-teguranNya yang membuatkan kita bersatu kembali, lebih ikhlas dan lebih lagi membuat pahala dan meninggalkan dosa-dosa apabila tempat-tempat hiburan banyak yang ditutup.Segala musibah yang datang , ada kebaikkannya yang kita sendiri tak nampak.

Allahuakbar.. Kalau dulu kita tak banyak masa untuk solat -solat sunat, mengaji al-quran tetapi kini, ada yang dah khatam al-quran lebih dari sekali.

Terlalu banyak dugaan yang kita hadapi sepanjang tahun 2020 sehinggakan ramai yang  diberhentikan kerja apabila banyak company yang tak boleh beroperasi seperti biasa.Dalam pada tu, timbul banyak dan ramai yang membantu mereka yang tiada pekerjaan dan juga hilang punca rezeki.

Syukur Allah swt masih memberikan kita makanan tanpa putus dengan kehadiran hamba Allah yang banyak membantu.

Azam untuk tahun 2020 terlaksana atau tidak?

Umi pasti ramai yang tak dapat nak tunaikan azam untuk tahun ni, tapi dalam tak sangka kita dah tunaikan azam apa yang Allah swt suruh iaitu hidayah dari teguran kecil Nya.Khatam al-quran tu pun salah satu azam kita yang tak pernah tercapai kan? Sebab apa? sebab busy dengan kerja sampai tak sempat nak pegang al-quran.Tapi sekarang banyak masa nak buat ibadah kan?

AZAM UNTUK TAHUN 2021

Dah pasang azam untuk tahun hadapan? Azam umi tetap sama, Nak perbaiki diri menjadi lebih baik.Semoga Allah swt tak bolak balikkan hati kita untuk jadi yang tidak baik.Semoga Allah terus berikan hidayah untuk kita menjadi insan yang lebih baik.Sebab kita tau, dunia ni sementara sahaja.Bila-bila masa kita diuji, dan bila-bila masa Allah akan ambil kita.Cuma kita je yang tak tau masa dan ketikanya.Samada masa tu kita dah bersedia atau kita masih ditakuk lama.Nama islam tapi hakikatnya kita bukan islam sepenuhnya.Nauzubillah.

Coretan terakhir di tahun 2020 yang penuh dengan kenangan.

 

Love

xoxo

Loading

2 Comments

  1. semoga tahun 2021 akan membawa sinar baharu kpd semua rakyat Malaysia.

  2. 2020 kenangan yang paling bersejarah dalam hidup kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *