Selamat Tahun Baru 2021 | Alhamdulillah berakhir sudah kan tahun 2020 yang penuh dengan kenangan.Muncul pula tahun baru yang permulaannya di nantikan dengan penuh pengharapan.
Pengharapan agar dunia menjadi seperti biasa.Wallahualam.Kita hanya mampu berdoa, yang menentukan Allah swt.Keep Praying guys!
Semoga doa kita dimakbulkan untuk tahun 2021.
Dah capai azam untuk tahun 2020? Macam mana pulak kan untuk tahun 2021.Masih dengan azam yang sama? Umi share dari entry lama umi macam mana nak pastikan azam kita berjaya
5 CARA UNTUK PASTIKAN AZAM KITA BERJAYA
Insyallah, yang penting kita usaha dan berdoa.Kalau tak tercapai, ingatlah bahawa Allah swt adalah sebaik-baik perancang.
#1 MATLAMAT
kita tak boleh sasarkan satu matlamat yang tidak realistik untuk kita capai.Jika kita gagal kerana ia tidak realisitik, mungkin kita akan rasa kecewa dan putus asa.
So, cipta azam yang mudah dan dapat dilakukan dengan senang.Contohnya Nak diet.hahaha..Ramai yang umi tahu ada berazam untuk diet kan.
Diet tu mudah kalau kita betul-betul NAK.Tapi kalau hangat-hangat tahi ayam memang tak dapat ler..So, pin azam kat otak kita supaya kita sentiasa ingat.Dan lagi satu, usaha dengan lebih lagi untuk berjaya kekalkan azam tu ye.
#2 AZAM PERLULAH KHUSUS
Perlu kita fikirkan aspek mana yang kita perlu perbaiki.Buat yang mana lebih penting dahulu.
So, bila kita tahu mana azam yang kita nak dahulukan, kita akan dapat menumpukan azam tersebut dan berusaha untuk menepatinya.
Contohnya kita nak sihat kan? so, makan makanan yang sihat-sihat.Sasarkan apa jenis makanan yang sihat untuk jadikan diri ni sihat.Hah!! faham?
#3 BERITAHU MEREKA YANG DEKAT DENGAN KITA
Tidak menjadi masalah untuk memberitahu sahabat yang terdekat mengenai azam tahun baru kita.Jadi bolehla menyokong dan mengingatkan tentang pencapaian sejauh ini.
Sokongan dari orang yang terdekat sangat diperlukan untuk memberi maklum balas yang positif
#4 GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI
Self Reward tu penting atas usaha kita yang membuahkan hasil.Dengan itu, kita boleh berusaha dengan lebih keras lagi untuk capai azam-azam yang di dalam list kita.Tak perlu tunggu sehingga azam kita tercapai pun takpe sebenarnya.Jadikan ia sebagai motivasi pada diri..
#5 LAKARKAN GARIS MASA
Bila kita lakukan azam baru setiap tahun, kita boleh lakarkan garis masa bagi setiap minggu mahupun setiap bulan supaya kita nampak progress azam kita dah sampai tahap mana.
Ia memberi kita peluang untuk membuat semakan terhadap tahap kemajuan kita dan pada masa yang sama kita boleh dah buat perancangan untuk masa hadapan
Kalau tanya tentang azam pada umi, tetap sama seperti tahun lepas.Masih tidak berubah.Yang tu tak payah ler umi nak sebut kat sini.Cuma berharap agar Allah tidak membolak balikkan hati selepas memberi apa yang diberi.Insyallah.
Entry pertama umi di tahun 2021.Insyallah nak share banyak lagi manfaat dalam berlog.Selamat Tahun Baru 2021 korang
Semoga tahun nie lebih baik.. ❤️
Happy new year 2021
Happy New Year,
semoga 2021 lebih baik dan matlamat tercapai. Aaminnn
Happy New Year!!!
Happy New Year kak! Moga azam kita tahun ni tercapai…Aaminn
Happy New Year. Moga matlamat dan azam kita tercapai untuk tahun 2021.
Selamat tahun baru.. Terima kasih untuk tips tu?
Selamat tahun baru Eda..
Moga tahun 2021 lebih membawa sinar buat Eda sekeluarga..