SELAMAT PAGI ISNIN DAN SELAMAT BEKERJA | Dah start masuk office ke tu semua? Umi masih lagi bekerja dari rumah.Tapi nama je kerja dari rumah, tapi sebenarnya takde kerja.
Setakat receptionist cum hr asisstant macam umi kerja semua harus dibuat di pejabat.Jadi takde istilah kerja dari rumah rasanya.Gaji staff pula dipotong dari 10-30% mengikut gred la.Tetapi umi tetap bersyukur kerana masih lagi diberi gaji walaupun tidak bekerja.Masih lagi diberi rezeki dapat boss yang baik walau kadang kala menyakitkan hati.
Nak sangat dapat vss tu, jadi bila berhenti kerja dapatlah pampasan kan.Taklah berhenti gitu je.Ni pun masih dalam pertimbangan samada nak terus bekerja atau tidak selepas kejadian mak yang kena stroke masa awal bulan hari tu.Alhamdulillah dah beransur pulih, cuma makan minum dia kena disediakan lah.Tak kasi lagi nak buat kerja-kerja rumah.Sampai dia pun bosan tak tau nak buat apa.
Pulak tu, transit untuk bebudak ni ditutup terus.Yelah, mana taknya kan, bila dah lama income tak masuk, gaji pekerja nak jugak dibayar, manalah mampu nak buat semua tu.Jadi hanya taska untuk baby sahaja di buka.Satu kerja jugak ni nak cari transit lain.Masih lagi dalam perbincangan dengan babah tentang ni.
Sebelum tu marilah kita mengucap kesyukuran atas nikmat yang diberikan hari ini.Alhamdulillah masih lagi bernafas.Alhamdulillah masih lagi boleh buat kerja seperti biasa.
Jangan lupa zikir harian tu tau.Umi pun kekadang bila dah tengahari baru teringat.Kalau tak ingat meh kita ingatkan sama-sama.Hari ni hari isnin jadi jangan lupa zikir hari Isnin ye.Banyak pahala ni kalau kita berzikir, mulakan dulu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Ajom mula
ZIKIR HARIAN
ZIKIR HARI ISNIN
Semoga Allah pemudahkan urusan sahabat-sahabat umi semua.Dijauhkan segala yang buruk dan diperluaskan rezeki.Tiba-tiba rindu nak naik office.Nak jumpa bebudak opis.Rindu nak buat food review, jalan-jalan dan yang paling penting rindu weh nak balik kampung.
So, kepada korang selamat pagi isnin dan selamat bekerja.Umi nak sambung PDPR bebudak ni.Nanti nak kemas kat luar tu pulak.
jom amalkan zikir hari isnin ni