Selamat Menyambut Ramadhan 1443H/2022

Selamat Menyambut Ramadhan 1443H/2022 | Alhamdulillah dua hari lagi kita akan mula berpuasa.Syukur berpeluang untuk menemui Ramadhan untuk tahun ini.

Umi kongsikan semula checklist untuk kita menghadapi Ramadhan untuk kita buat di bulan ramadhan nanti.Semoga bermanfaat untuk korang

10 checklist  Persediaan diri Sebelum Masuk Bulan Ramadhan

Sebelum itu perlu kita istiqomah supaya kita boleh berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.Kalau kita tak istiqomah, macam mana kebaikkan tu nak datang kan?

1.Bertaubat

Bertaubat adalah perkara yang paling penting yang perlu kita titikberatkan.Dan ia adalah perkara yang pertama kita perlu buat untuk ke arah menjadi lebih baik.Taubat perlu kita amalkan dengan konsisten agar kita sentiasa ingat kesalahan kita yang lalui dan bagi memperkuatkan lagi ibadah kita.

Manusia ni memang tak pernah lepas dari membuat kesilapan, dan dari kesilapan itulah mengajar kita untuk lebih peka dan pastinya membuatkan kita menjadi lebih baik.

Jadikanlah taubat itu sebagai sesuatu yang menghalang  kita dari melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

2.Tingkatkan kualiti ibadah

Semasa beribadat, hendaklah sentiasa berusaha untuk kita perbaiki kelemahan dalam diri seperti kita terleka semasa solat, tidak khusuk ataupun mula mengamalkan surah baru..

Disiplinkan diri untuk bangun lebih awal sebelum subuh, kerap hadir ke masjid, berdoa setiap kali solat dan pelbagai lagi.

3.Melakukan Ibadah Tambahan

Ibadah tambahan ni kita lakukan untuk mengisi masa terluang dan menghindarkan  dari kita melakukan perkara yang tidak berfaedah.Imbas balik aa perkara yang kita lakukan bila kita ada masa terluang.Adakah kita ralit dengan duniawi seperti handphone atau sebagainya,

Umi senaraikan beberapa ibadah lain yang boleh ditambah dalam rutin sepanjang Ramadhan:-

  • Baca Al-Quran
  • Lebihkan bersolat dan berzikir
  • Puasa sunat dan puasa ganti

4.Kawal Perbuatan Dan Elak Melakukan Perkara Negatif

Walaupun mudah untuk emncari aktiviti tambahan atau perkara yang baik untuk kita lakukan seperti kerja amal atau membantu orang lain, kadang-kadang kita mengabaikan perbuatan yang kecil seolah-olah tidak masuk akal yang kia lakukan setiap hari yang memberi impak yang buruk.

Kawal diri kita dari bergosip,, bermalas-malasan dan bersangka buruk antara perbuahan kecil yang boleh dilakukan.

Jauhkan dari terus bersikap negatif dan tingkat sikap positif makan semakin mudah ia menjadi dan kita akan berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik semasa bulan ramadhan nanti.

5.Berpuasa Lebih Awal

Satu kelebihan melakukan puasa secara sukarela atau melakukan puasa penggantian hampir menjelang Ramadhan adalah amalan yang baik untuk tubuh bagi membiasakan diri dengan berpuasa.

6.Jangan Membazir

Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza untuk apa yang mereka lakukan.Ada sesetengahnya memerlukan hidangan yang penuh untuk bertenaga sepanjang hari.Dan sesetengahnya juga hanya cukup dengan minum air sahaja supaya mereka tidak mengalami dehidrasi semasa berpuasa.

Apa pun kita kena tahu keperluan makanan yang cukup dalam tubuh badan kita supaya kita tidak menyediakan makanan mengikut nafsu yang boleh mengakibatkan makanan terbuang.Yelah bila kita berpuasa ni, banyak kita rasa nak makan,Beli itu dan ini macam puasa tu hanya sehari.

Cukuplah kita beli untuk merasa sahaja.Tak perlu beli terlalu banyak sehinggakan makanan itu dibazirkan macam tu sahaja.

7.Waktu tidur yang baik

Waktu tidur juga boleh menyebabkan kita keletihan sepanjang berpuasa.Kalau dulu kita tidur pukul 12 malam, cuba ubah waktu tidur kita .Percepatkan waktu tidur supaya kita boleh mudah bangun sahur.

Kalau kita disiplinkan diri kita untuk tidur awal, maka kita akan dapat tidur yang berkualiti.Bangun dalam keadaan yang segar.

 

Baca juga : Jadual berbuka puasa dan Imsak Johor 2022

8.Kesihatan Yang Baik

Bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, samada tekanan darah tinggi atau penyakit lain, jangan lupa untuk merujuk dengan doktor terleboh dahulu dan pastikan korang dibenarkan untuk berpuasa semasa bulan Ramadhan.

9.Tetapkan matlamat

Ramadhan adalah peluang yang baik untuk kita menjadi lebih bijak tentang apa yang kita lakukan dan mengapa kita perlu lakukan.Di mana kita berusaha untuk mendekati Allah Swt dari menjadi umatnya yang lebih baik serta menguatkan rasa masyarakat dalam ummah sebagaimana kita diingatkan tentang kesusahan orang miskin dan mengamalkan belas kasihan kepada mereka yang memerlukan.

Tetapkan hati dan lakukan apa yang kita ingin kecapi.

10.Rancang dan buat jadual lebih awal.

Sbeelum menjelangnya Ramamdhan, sudah pastinya kita merancang beberapa perkara seperti tarawih, berbuka puasa diluar bersama keluarga dan sebagainya.

Untuk kali ini, rancang perjalanan anda dengan baik dengan menguruskan kerja-kerja tertungak supaya ramdhan kali ini berjalan dengan baik.Semoga apa yang dirancang pada bulan ramadhan nanti akan menjadi.

Dan ini pula tips untuk didik anak-anak berpuasa.Kalau tahun lepas Kakak dengan adik takdelah penuh sangat berpuasa, tahun ni pun belum tentu lagi.Tapi insyallah, umi masih lagi mengajar diorang untuk berpuasa penuh.Yelah, nak ajar anak berpuasa ni tak boleh la nak terus full je sebulan tu kan.Kita ajar sedikit demi sedikit.Jadi, takdelah mereka terperanjat nak berpuasa penuh.

Oh ya, korang dah ada plan tahun ni nak berbuka puasa kt mana?Kotlah korang tetiba nak gantung kuali kan, boleh la survey tempat berbuka puasa di Johor ni.

Klik sini : Senarai buffet ramadhan sekitar johor bahru 2022

Semua hotel je ke? ada juga restaurant disekitar JB ni, korang boleh search kat entry tu.Sesekali kan mana tau korang nak berbuka puasa di Hotel.Kalau beli dari sekarang mungkinlah boleh dapat harga early bird.

 

Last but not least, umi nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1443H/2022 untuk korang. Semoga Ramadhan kali ini lebih makna untuk korang

 

Loading

1 Comment

  1. Dah beli kerepek biskut ke tu? Ke baju raya hehehehe.. selamat berpuasa Eda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *