israk mikraj 2021

Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021

Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021 | Esok kita kan menyambut Israk Mikraj untuk tahun 2021.Syukur kita masih lagi berpeluang untuk menyambut Israk Mikraj di tahun yang sangat mencabar ini.

Walaupun kita sekarang masih lagi berperang dengan wabak yang banyak meragut nyawa saudara mara kita, jangan pernah lupa akan peristiwa bersejarah.Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab sebulan sebelum hijrah.

KEISTIMEWAAN HARI ISRAK MIKRAJ

Peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad Saw yang dianggap sebagau anugerah dari Allah swt.Terdapat dua keajaiban yang berlaku dalam satu malam iaitu

  1. Israk – Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.Masa ini Rasululluah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine
  2. Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus menemui Allah.Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa

Dipetik dari Bahagian Dakwah, JAKIM berikut adalah ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj.

1. Israk

Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq.

Sepanjang perjalanan apabila sampai ke tempat-tempat tertentu(tempat-tempat mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat,

Antara tempat-tempatnya ialah :

  • Negeri Thaibah(Madinah) tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah swt.
  • Baitul-Laham( tempat Nabi Isa A,s dilahirkan)

Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.

Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Mikraj

Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.

Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.

baca juga : Himpunan doa penenang hati

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.)

Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.

Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Alhamdulillah.. Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021

Related Posts

One thought on “Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *