Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia |Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

 
hari malaysia
Fakta yang perlu kita tahu tentang Hari Malaysia dan kenapa ianya dipilih pada 16 september setiap tahun.
 

FAKTA MENGENAI HARI MALAYSIA

  • Hari Malaysia disambut pada 16 september setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
  • Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaysia, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
  • Perjanjuan Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di Negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Dipertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  • Mulai tahun 2010, hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua Negeri di Malaysia

 

Umi ucapkan selamat menyambut hari Malaysia  untuk korang dan selamat bercuti.Walaupun di mana korang berada, jangan lupa patuhi SOP ye.Semoga Malaysia terus aman dan makmur dan kembali pulih seperti sedia kala.
 
Aamin
 
 
 

 

Loading

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *