SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 64 TAHUN pada tahun ini.Sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini walaupun disambut dengan SOP tetapi meriah.

Selamat hari merdeka untuk yang ke 64 tahun kalinya pada tahun ini.Walaupun kita masih berhadapan dengan pendemik Covid-19, kita masih boleh meraikkan kemerdekaan yang ke 64 tahun pada tahun ini dengan mengibarkan Bendera Malaysia di rumah.

Rasa sedih kan bila dah dua tahun kita tak menyambut kemerdekaan dengan meriah macam dulu-dulu kan.Nak bawak anak-anak tengok perarakkan pun tak boleh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN  YANG KE 64 TAHUN

Tema Hari Kebangsaan 2021 ialah Malaysia Prihatin.

Ye, sebagai rakyat kita kena prihatin dengan sekeliling kita.Mana saudara mara atau jiran kita yang menghadapi masalah kita boleh tolong.Prihatin dengan keadaan Malaysia dengan mematuhi SOP supaya angka covid-19 tidak terus naik.

Tema dan logo Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2021 iaitu Malaysia Prihatin ini dipilih oleh Perdana Menteri Terdahulu iaitu Tan Sri Muhyidiin Yassin bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pandemik covid-19

Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64.

Semoga kita semua dijauhi dari wabak ini dan semoga terhapus covid-19 ni dari muka bumi ini

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 64 TAHUN pada tahun ini.Hayatilah kemerdekaan dengan bersatu hati demi memerangi wabak ini.Esok pepagi kita tengok tv,mana tau ada perarakan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *