Selamat Hari Raya Terkejut 2022 Untuk Semua

Selamat Hari Raya Terkejut 2022 Untuk Semua | Begitulah sambutan hari raya tahun 2022 yang penuh dengan kejutan.

Punyalah lama kan nak post satu gambar raya untuk tahun 2022 ni.Sampaikan blog dah hampir 2 minggu terabai.Ok, moh ler kita ambil mood dulu untuk update satu post sebelum melakukan tugas-tugas hakiki di blog.

Actually tahun ni umi beraya di sebelah umi.Alhamdulillah kan, dapat juga beraya, menziarahi sanak saudara jauh dan dekat.

Tapi tulah, tahun 2022 ni memang mencipta sejarah betul dengan keadaan raya yang terkejut, dengan jammed jalan sampai ketiga hari raya.Memang luar biasa la weii..

Bayangkan masa hari kedua kami nak menziarahi nenek di Endau, dari Kota Tinggi pukul 12.30 sampai ke Endau tu dah nak dekat asar.Punyalah jammed panjang.Itu belum cerita balik lagi.Kami balik dalam pukul 5 lebih, sampai rumah pukul 10 malam.

Nak keluar beraya ke Kota Tinggi pun dengar orang kata, jammed nak ke Kota Tinggi tu, sampai Air Tawar 1 jem dia.Jadi raya ketiga tu kami duduk jelah dekat rumah menunggu sanak saudara sampai.

Hah, itu baru cerita selepas raya, cerita sebelum raya pulak memang ler terkejut.Umi dah sampai rumah mak memang awal.Sehari sebelum raya terkejut tu memang dah keluar beli barang-barang kering dan basah.Itupun orang dah macam semut dah.Sampaikan pergi ke beberapa pasar, ayam habis.Itupun nak kena tempah dulu.Nasib baiklah dapat kan.

Jadi malam raya tu, adik lelaki umi bawa mak ayah untuk berbuka puasa kat luar.Jadi umi dan adik ipar je ada kat rumah.Kami ni bersembang ler kat dapur sesambil buat apa yang patut.

Tergerak hati nak tengok phone, sekali tengok ramai yang update esok raya.APAKAH??

Terus kelam kabut keluarkan ayam dan daging dalam peti.Punyalah bernasib baik lada, bawang,serai semua bahan tumis mak dah sediakan awal.Sebab dia kata dah, macam raya awal.betullah kan mak-mak ni, firasat diorang betul je.

Abang yang kat kelantan tu pun dok kalut, settelkan apa yang patut, then terus bertolak ke Johor.Sampai dah confirm ler tengahari.Tapi Alhamdulillah, dia sampai dengan selamat.

Kami memasak sampai pukul 3 pagi weh!! Rasa dapat tido sejam lebih je masa tu.Apapun syukur,semuanya siap dan selamat..

Susah ye untuk bergambar dengan anak-anak ni.Ada je buat kelaku.hahaha..Nak post gambar family besar umi takde la pulak sebab gambar tu dalam camera adik.Tunggu next post atau nanti umi edit masuk dalam ni untuk kenang-kenangan.

Gambar hidangan hari raya memang umi tak ambil satu pun.Haishh..tak taulah apa yang super busy sampai tak sempat nak ambil tu..hahahha..Biasalah anak saudara semua kecik-kecik.Yang nak makannya, nak minum, nak pakai baju, nak mandi..Memang kelam kelibut.

Apa pun, tahun ni hari raya sangat meriah dan gembira…

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *