Selamat Hari Raya AidilFitri 2020 – Family Potret

Selamat Hari Raya AidilFitri 2020 | Tak terlambat lagi rasanya untuk umi ucapkan Selamat Hari Raya kat korang kan? Baru naik kerja hari ni, Hari raya ke-4 dah pun

Ramai ke yang dah naik kerja hari ni? Ikutkan umi nak sambung cuti tapi bila fikir bukan boleh beraya pun kan? So kita beraya di office jelah.Anak-anak di rumah babah dan nenek jaga.

So, umi ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada korang yang mengenali umi di mana-mana sahaja.

So, umi nak up sikitlah gambar raya buat kenang-kenangan di blog umi ni.Baru perasan umi tak sempat nak berOOTD dengan baju raya seorang diri.Maklum ler, bila nak posing je ada je yang menyibuk nak tumpang sekaki?

Korang tak tau apa makna itu #OOTD? tak mungkinlah kan sebab umi pasti ramai yang tau apa maksud sebenar OOTD tu.Kalau tak tau meh sini umi bagitau kat korang.

MAKSUD SINGKATAN #OOTD

OOTD tu bermaksud Outfit Of The Day. Kalau korang search menggunakan hashtag #OOTD tu korang akan nampaklah kan berjuta-juta manusia yang mengenakan pakaian yang mereka pakai pada hari tersebut dan menggunakan hashtag tersebut.

Hah..Jelas??? So takdelah gambar ber #ootd umi dengan baju sendiri..hahaha..

 

Jomlah layan Family Potret umi dan keluarga

Ni antara family umi yang ada masa hari raya hari tu.Tak lebih dari 20 orang ye.Sebab kebanyakkannya tak dapat nak balik.

MIL dan My mom..Tahun ni MIL umi beraya sekali dengan umi disebabkan anak-anak yang lain tak dapat nak balik berhari raya.So, kita bawak dia sekali beraya..

And terakhir sekali gambar bersama husband kita yang pemalu tu..Maaf ye umi letak gambar babah..Insyallah dalam keadaan sopan

 

 

Itu jelah potret raya keluarga umi.Ada lagi banyak yang umi tak masukkan..Cukuplah sekadar family potret.Gambar-gambar syahdu di pagi raya umi masukkan kat fb..Tu pun umi hide kan..hanya untuk orang tertentu sahajalah…heheh

 

Hari raya korang pulak macam mana..semuanya ok?

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *