Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H/2024M

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H/2024M umi ucapkan kepada korang yang menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada yang menyambutnya tidak kira dimana korang berada.

Alhamdulillah, esok bertemu juga kita dengan ramadhan kan.Saja post awal sebabnya umi dah confirm sibuk bila dah ada kat kampung.Memandangkan umi #teamrayajohor tahun ni, dan umi antara anak yang paling dekat dengan kampung, jadi kenalah balik dulu.

Lagipun anak-anak dahpun bercuti.Ikutkan memang start dari cuti je umi terus nak balik, tapi memandangkan babah masih bekerja dan rumah perlu dibersihkan dan dihias, jadi kita balik la lambat sikit.Nasib baik masa puasa hari tu dah tolong mak kemas-kemaskan sikit rumah, jadi takdelah banyak nak mengemas nanti menjelang hujung-hujung puasa.

Alhamdulillah, tahun ni insyallah 9 dari 10 adik beradik umi akan berkumpul.Macam biasa umi dah siapkan beberapa aktiviti yang akan diadakan pada hari raya nanti.

TEMA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Untuk tema tahun ni, umi bercadang untuk memakai baju warna baby blue.Baju raya ni pun umi dah  settle sebelum puasa lagi.Yelah, dah alang-alang Kerajaan bagi bonus dekat babah sebelum puasa, jadi kita settlekan la sebelum puasa.Bukan apa, kalau disimpan duitnya nanti risaulah terpakai ke kan?Jadi kita settlekan dulu mana yang boleh.Sekali dengan beli kelengkapan anak sekolah.

Baju raya tu pun umi beli kat Muaz je memandangkan warna yang umi nak tu memang ada kat situ.Sedondon la dengan anak-anak.Selagi bebudak ni tak pandai nak memilih baju warna apa yang diorang nak kan? Nanti dah besar tak taulah nak ikut tema umi dengan babah atau tidak.Babah pulak of course umi beli dari Kacax.

Poster selamat Hari Raya boleh dapatkan di entry ini : https://kisahsidairy.com/koleksi-poster-selamat-hari-raya-aidil-fitri/

Korang pulak apa tema untuk tahun ni? 

Atau boleh dapatkan poster di Pinterest Umi ye

Untuk persediaan kuih raya dan sebagainya pulak, umi tak beria sangat sebab lebih jimatkan kepada lauk pauk sahaja.Dan setakat ni pun tak beli apa-apa kuih raya lagi.Tunggulah dah balik Pasir Gudang nanti.Yang tu fikir kemudian.Janji duit lauk umi dah ada, umi bersyukur alhamdulillah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Selamat hari raya aidilfitri

Di kesempatan ini umi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.Mohon ampun dan maaf dari hujung kaki ke hujung kepala andai ada terkasar bahasa, ada menggunakan kata-kata yang kurang senang untuk dibaca atau sebaliknya.Umi hanyalah pendosa yang sering melakukan kesilapan.

Gambar raya tahun lepas, kita buat la poster.Untuk Tahun ni kita KIV untuk tahun depan pulak.aa gitchu.

Kepada korang selamat hari raya Aidilfitri ye.Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat.Jaga diri dan jaga pemakanan juga tau.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *