SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2022 | Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September 2022 bagi memperingati Penubuhan Perseketuan Malaysia pada tahun 1963.
Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Baca juga : Logo dan Tema hari Kebangsaan 2022
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Pada tahun ini 16 September 2022 jatuh pada hari Jumaat.Jadi hargailah hari cuti korang dengan aktiviti yang berfaedah bersama-sama keluarga dan rakan taulan.
Umi pulak dah bergerak ke Melaka untuk urusan di sana.Tahun ni meriah la kan Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan.Yang penting terus patuhi SOP terkini supaya kita terhindar dari penyakit yang berjangkit dan berbahaya kepada diri, keluarga dan orang sekeliling.
Selamat hari Malaysia 16 september 2022 ye korang.
Selamat Hari Malaysia..
I love youu ??
Moga Terus Maju Jaya Malaysiaku tercinntaaa