SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu, Happy Mothers Day kepada mereka yang bergelar ibu.Sambutan hari ibu pada tahun ini jatuh pada hari Ahad 12 Mei 2024.

Tak kisahlah mereka digelar sebagai umi, mama, mami, ibu, emak  atau apa-apa panggilan sekalipun, tetap ingat jasa mereka yang melahirkan dan membesarkan kita sehingga kita dewasa.

“Rabbighfir lī, wa li wālidayya, warham humā kamā rabbayānī shaghīrā.” Artinya: “Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.”

Kasih ibu tiada gantinya, bila mereka tiada, maka putuslah doa seorang ibu yang menjadi tunggak untuk kehidupan seseorang didunia ni.

selamat hari ibu

Nabi Muhammad SAW juga sudah memberi banyak isyarat yang jelas akan tingginya martabat seorang ibu dalam kehidupan kita. Dikatakan pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Baginda dan berkata: ‘Saya ingin melaksanakan jihad dan ikut pergi berperang di jalan Allah, tetapi ibu tidak sepenuh hati melepaskan saya untuk berbuat demikian’. Rasulullah SAW kemudian menjawab, ‘Pulanglah kamu dan beradalah di sisi ibumu. Aku bersumpah dengan nama Tuhan yang mengutusku untuk menyampaikan kebenaran, bahawa untuk berada di sisi ibu bagi satu malam (dan melayan serta berbuat baik kepadanya) adalah lebih baik daripada mengikut berperang dan berjihad di jalan Allah selama setahun.’

selamat hari ibu

Selagi mana kita ada mereka, hargai mereka kerana kedudukan merka ni sangat mulia.Jasa mereka memang tiada gantinya.Semoga Allah swt memberikan kesempatan untuk kita mencurahkan segala kasih sayang kita kepada mereka sementara mereka masih ada.

Umi nak ucapkan selamat hari ibu untuk mereka yang bergelar ibu di seluruh Malaysia dan semoga ibu-ibu terus bertabah untuk terus membesarkan anak-anak dengan kasih sayang.Dan kita juga sebagai anak, tidak sesekali untuk melupakan tanggungjawab kita dalam menjaga dan memberikan kasih sayang pada mereka

“Happy Mother’s Day to the woman who has always supported me and believed in me, no matter what.”

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.