SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru 2019

Selamat Hari Guru 2019 | Selamat hari guru untuk warga pendidik di mana juga korang berada.

Kalau sebut pasal hari guru ni, berbalik semula pada tugas mereka sebagai pendidik.Bagi umi, bukan senang nak mendidik. Lagi-lagi nak mendidik anak orang.Memerlukan kesabaran yang palingggg tinggi .Sedangkan anak kita sendiri pun, payah kita nak didik, inikan pulak lagi orang.

Istimewanya seorang guru, mereka ada satu sikap yang penyabar dan pandai mengambil hati anak murid.Sebab tu ada di kalangan pelajar mereka yang terlalu sayang kat mereka ni.

Menggalas tanggungjawab seorang guru sangat besar kan. Bukan sahaja sebagai guru, tetapi juga sikap mereka adalah sebagai ibu bapa kepada anak murid mereka. 

Sebab itulah kita sebagai ibu bapa, jangan meletakkan 100% tanggungjawab mengajar anak di bahu seorang guru.Bagi umi ianya memang tak adil kerana Kita hanya mendidik anak-anak kita sahaja,tetapi seorang guru mendidik ramai anak-anak berbilang kaum dan berlainan ibu bapa.Bayangkan dalam satu kelas tu ada 30 orang murid. Mereka akan menggalas tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada 30 orang murid.

So, dari situ kita fikirkan kenapa guru itu istimewa.Kenapa guru itu perlu diberikan pujian dan kenapa guru itu perlu disanjung.

Last But Not least.Terima kasih guru-guru umi yang pernah mengajar umi.Yang tak pernah jemu untuk mendidik kami menjadi kami yang sekarang.

 

SELAMAT HARI GURU……………………

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *