Selamat Hari Diabetes Sedunia

Selamat Hari Diabetes Sedunia| Hari Diabetes Sedunia ialah kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) dan disambut pada 14 November setiap tahun.

 

Tema Hari Diabetes Sedunia 2020  kali ini adalah Diabetes: Jururawat Nadi Perubahan”, orang awam diingatkan untuk mengawal penyakit tidak berjangkit ketika kita sedang berperang melawan COVID-19. Fokus tahun ini adalah kepada peranan keluarga dalam mencegah, melakukan aktiviti saringan, merawat serta mengawal penyakit diabetes.

Keluarga perlulah selalu mengingati ahli keluarga masing-masing untuk menjalani saringan kesihatan. Keluarga juga perlu hidup di dalam persekitaran yang menyokong gaya hidup yang sihat untuk membantu mencegah serta mengawal penyakit diabetes sebagai contoh rumah bebas asap rokok, bersenam bersama keluarga, serta ahli keluarga mengingati satu sama lain di dalam mengambil pemakanan yang sihat.

Untuk pesakit diabetes pula, peranan keluarga adalah sangat penting untuk menjaga rawatan harian pesakit, memastikan pesakit mengamalkan gaya hidup yang sihat, memberi pendidikan secara berterusan serta memastikan pesakit melakukan saringan komplikasi secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Mari kita sama-sama mencegah penyakit diabetes. Keluarga yang prihatin menjamin kesihatan ahli keluarga kita.

 

Sehingga kini, terdapat seramai 3.8 juta orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia. Jururawat memainkan peranan sangat penting dalam aktiviti pencegahan, saringan, rawatan serta pemulihan pesakit diabetes.

 

Sama-sama kita menjaga kesihatan diri kita secara berkala

Related Posts

One thought on “Selamat Hari Diabetes Sedunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *