SELAMAT DATANG OKTOBER YANG PENUH KELAINAN

SELAMAT DATANG OKTOBER YANG PENUH KELAINAN | Baru hari ni lah baru dapat update blog.Walaupun ramai tak kisah blog ni diupdate atau tak, takpe janji umi kisah

Dah masuk 2 Oktober 2021, entry pertama di bulan oktober.Nak mengarang bila di kampung tu, memang payah.Masa tulah line tak kuat, hujan, nak tengok ayam, nak tengok pokok bunga mak, nak tengok pokok pisang dah berbuah ke belum.Nak berbual dengan mak ayah sampai lupa handphone letak mana.

Gitulah umi kalau balik kampung.Nak-nak pulak bila mak baru start projek menternak ayamnya.Nak buat reban, nak tengok anak-anak buah lagi.Haishh..memacam la nak buat.Sampai cuti dua hari tu tak cukup rasanya.

Permulaan oktober yang baik untuk umi yang baru sahaja bergelar suri rumah sepenuh masa.Jadi blogger sepenuh masa? yeke ek? entah..hahah.Takpelah, yang penting selamat datang oktober.Bulan yang penuh kelainan dan permulaan untuk sesuatu perkara yang baik.Insyallah

Pulun bisnes dan upgrade jiwa dengan ilmiah sebab nak jadi yang lebih baik lagi.Insyallah.Nampak mudah orang kata nak jadi lebih baik, tapi tulah, banyak dugaan untuk kita berubah kearah kebaikkan, tapi kalau kita tak mulakan, memang takkan nampak hasilnya.

SELAMAT DATANG OKTOBER

Nak upgrade jugak ilmu bisness sampai orang pun menyampah tengok wall fb umi yang  share pasal bisness ni.Tapi takpe, umi tak kisah, mungkin ada dikalangan friendlist umi tak suka sekarang, tapi lama-lama diorang suka.Kalau suka tu boleh la bagi like kan? 

Orang kata, pelanggan ni adalah silent reader kita.Jadi kita tak perlu risau.Allah swt kan dah tentukan rezeki kita.jadi kita tak perlu takut dan yang penting usaha.

Takde orang nak belikan kita beras kalau kita tak usaha, usaha sendiri selagi boleh tanpa perlu mengharapkan orang lain.

Alhamdulillah, permulaan oktober yang baik untuk umi bila dapat berjumpa dengan mak ayah kat umah.Balik kampung boleh boost energy umi dan juga semangat umi.

Betul tak?

Tapi sebelum balik tu sempat umi buat self test kit untuk pastikan kita tak bawak wabak.Alhamdulillah.Semoga Allah swt melindungi kita dari wabak ini.

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.