Selamat Datang Disember Bulan Terakhir 2023

Selamat Datang Disember Bulan Terakhir 2023 | Sekejap je masa berlalu dan kita sedang menuju bulan terakhir untuk berjumpa dengan Tahun 2024.

November yang penuh dengan kenangan, pahit dan manis dilalui dengan sabar dan tabah.Tiada manusia yang hidupnya tidak dilanda ombak.Tiada manusia yang sentiasa nampak bahagia tanpa penderitaan dan tiada manusia yang sempurna hidupnya sehingga ke akhir hayatnya.

selamat datang disember

Apa pun yang perlu kita kongsi, kita kongsi, yang tak perlu kita kongsi, biarlah ianya ditutup rapat supaya tidak kita mengaibkan atau memudaratkan seseorang dengan tutur kata dan langkah perlakuan kita.

Redha dengan apa yang Allah berikan kepada kita bukan sebab kita lemah, tapi sebab kita kuat.Kita insan terpilih yang Allah pilih untuk terus diberikan kenikmatan bukan sekarang, mungkin pada One Fine Day?

Bersangka baik lagi baik dari merungut kan? Ye bercakap itu mudah, sebab tak kena batang hidung.Tapi Allah bagi kita hati untuk rasa sakit.Dan bila kita rasa sakit itu, kita cari DIA yang senantiasa terbuka 24 jam untuk ada dengan kita.

Kehidupan manusia di atas muka bumi ni penuh dengan ujian.Manusia diuji dengan harta, rupa, perasaan, pekerjaan, anak, suami, isteri dan pelbagai lagi.Selagi bernafas di muka bumi ni, selagi itulah ujian datang dan pergi.

Memang kadang kala kita mempertikaikan Kenapa Aku yang selalu diuji?Itu soalan yang selalu kita persoalkan dan bagi manusia biasa kita dikurniakan dengan perasaan.

Tidak setiap masa kita ni akan sentiasa positif untuk terima semua ketentuan takdir.Namun, Allah dengan penuh kasih sayang Nya berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:

Allah tidak membebani(menguji) seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya”

Ayat diatas sangat jelas menunjukkan bahawa kita sebagai manusia akan diuji dengan pelbagai ujian berdasarkan kemampuan kita sendiri.Tidak terkurang mahupun terlebih.

Jadi kita perlu percaya pada Allah memberi ujian dengan bijaksana, maka kita juga wajib percaya bahawa Allah mampu menyelesaikan semuanya dengan mudah sekali.

Kita sebagai umatnya perlu berusaha dengan berdoa bersungguh-sungguh dan minta kepada Allah untuk terus kuat, dipermudahkan urusan dalam setiap ujian yang kita lalui.Barulah kita rasa tenang jika ktia percaya bahawa hidup yang kita jalani ini, sudah ada yang mengaturnya.

Memetik ayat dalam Surah al-Baqarah ayat ke-45, Allah memujuk hamba-hamba-Nya dengan mengatakan bahawa:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

Semoga di bulan yang terakhir di tahun 2023 ni, kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dalam menghadapi ujian yang Allah berikan dan dipermudahkan segalanya.

1 disember hari aids sedunia

Dan hari ini merupakan hari Aids Sedunia.Setiap tahun pada 1 Disember kita akan memperingati tentang Hari Aids Sedunia bagi memberi kesedaran tentang Aids dan bersama tangani ketidaksamaan yang mampu menghalang kemajuan dalam mencapai sasaran untuk mengakhiri epidemik AIDS menjelang akhir 2030.

JAdi korang, Amalkan gaya hidup sihat dan jauhi tingkah laku berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan individu yang disayangi.

Tema Hari Aids Sedunia pada tahun ini ialah

” Let Communities Lead “ 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *