Selalu Pesan Supaya Saling Sayang Menyayangi

Selalu Pesan Supaya Saling Sayang Menyayangi

Selalu Pesan Supaya Saling Sayang Menyayangi | Adik beradik kalau tak bergaduh memang takkan ada.Dari kecil sampailah ke besar.Berkelahi, berbaik tu dah menjadi asam garam dalam keluarga kan.

Sebab tu umi selalu pesan, adik beradik tak baik gaduh.Jahat macam mana pun dia tetap adik beradik kita.Tugas kita bukan untuk menghukum adik beradik yang jahat.At least nasihatlah mereka walau mereka takkan dengar nasihat kita sekarang.

Selalu Pesan Supaya Saling Sayang MenyayangiItulah yang umi selalu pesan supaya saling sayang menyayangi.Supaya jangan selalu bergaduh pada Naura dan Fiyah.Umi juga selalu pesan pada Kakak fiyah, adik Naura ada sorang je kakak untuk dia tumpang kasih sayang.Alhamdulillah dia faham.Alah bisa tegal biasa.

Sentiasa nak peringatkan diorang ni.Siapa buat salah umi marah.Sampaikan budak berdua ni labelkan umi macam kak ros(cerita upin ipin tu) Pengaruh tv sangat tau budak berdua ni.

Harapnya umi boleh didik mereka untuk terus berkasih sayang sehingga mereka besar.Boleh saling bantu membantu antara mereka bila umi dan babah dah takde nanti.

Bila kita tengok wajah anak-anak kita, tentu beribu harapan yang kita harapkan dari mereka kan.Sentiasa nak supaya mereka saling sayang menyayangi dan saling bantu membantu sampai bila-bila.

Bak kata pepatah nak melentur buluh perlulah dari rebungnya.Jadi dari kecil umi cuba nak pupukkan semangat tolong menolong dan sayang menyayangi antara mereka berdua.

Pembacaan umi dari majalah PAMA. perkara yang perlu kita lakukan semasa anak-anak ni masih kecil kalau kita nak hubungan mereka adik beradik terus kukuh dan bahagia sampai  bila-bila

4 Tips yang perlu kita amalkan supaya hubungan antara adik beradik ini dikekalkan.Ini yang perlu dilakukan.

SAMA ADIL

Tidak adil merupakan kesilapan yang sering ibu bapa buat tanpa sedar.Contohnya apabila adik buat silap bukan adik yang dimarahi tetapi yang sulung.Alasan yang tua tidak jaga yang kecil.Apabila situasi ini terlalu kerap  berlaku akan membuatkan si sulung membenci satu sama lain.

Begitu juga apbila ingin membeli sesuatu pastikan membelinya sama adik agar perasaan kecil hati atau cemburu itu tidak timbul.Mungkin kita akan rasa abang dah besar takkan nak beli permainan lagi? Abang tak payah beli, adik sahaja.

Baca juga : Petua power mendidik anak-anak yang nakal menjadi soleh

Anak-anak sentiasa menuntut untuk dilayan serta dihargai sama rata tidak kiralah apa jua situasi.Jadi kitalah sebagai ibubapa bijak mengawal situasi seperti berikut agar tiada yang terasa hati.Harus diingatkan juga, kebiasaannya  anak yang rasa dirinya tidak disayangi semakin besar semakin akan menjauh dari keluarga.Jangan dibiarkan sampai jadi seperti itu.

SIKAP TOLONG MENOLONG

Walaupun merka masih kecil tetapi sikap tolong menolong ini perlu diajar dari awal lagi.Contohnya apbila adik keluarkan permainan dan ketika masa berkemas.Minta abang atau kakak tolong mengemas sama-sama.Sambil mengemas mungkin anda boleh berikan pujian atau bermain siapa lagi pantas menyimpan.Mereka akan rasa seronok dan bergembira bekerjasama.

Begitu juga apbila abang atau kakak perlukan pertolongan minta adik bantu juga.Mungkin bantuan adik tidaklah besar mana kerana kemampuannya tetpai yang penting kita telah didik mereka adik beradik sentiasa bantu membantu dan susah senang bersama hanya dimulakan  dengan perkara-perkara kecil.

MAKAN SAMA-SAMA

Usahakanlah paling tidak sekali dalam sehari untuk semua ahli keluarga berkumpul makan bersama-sama.Saat makan bersama-sama, bercerita dan ketawa akan membuat semua ahli keluarga rasa seronok dan menghargai satu sama lain..

Jaga antara satu sama lain.

Sehari paling kurang sekali wajib pesankan pada anak-anak untuk mereka sentiasa jaga antara satu sama lain.Sebelum pergi sekolah atau boleh juga sebelum tidur katakan pada anak-anak ” Abang atau kakak perlu jaga adik dan begitu juga adik perlu jaga abang atau kakak.Percayalah kalau dari kecil kita dah mengingatkan mereka dewasa kelak pesananan ini akan sentiasa  kukuh dalam ingatan mereka adik beradik.

TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK

Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan.Mahu anak-anak jadi baik tetapi anda sendiri tidak begitu.Kita juga kena pastikan hubungan kita dengan adik beradik yang lain sentiasa baik.Sentiasa tolong menolong, ziarah menziarahi serta menyayani antara satu sama lain.Contoh yang baik ini akan mereka jadikan sebagai panduan untuk mereka bila dewasa nanti.

Semua ibubapa mengharapkan yang baik-baik untuk anak dia kan.Termasuklah umi ni.Setiap kali umi membaca perihal parentings ni, umi sendiri teringin nak terapkan kat anak-anak walaupun tak 100% umi buat.At least kita cuba jugak walau kita bukan ditahap yang boleh dibanggakan.

Kejayaan anak-anak kejayaan kita jugak.Nak harapkan sesuatu yang positif dari anak-anak, ianya semua bermula dari kita.Semoga kita menjadi ibubapa yang terus positif dalam memberikan mereka ilmu yang bermanfaat.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *