August 8, 2020
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Sekolah dibuka mulai 15 Julai 2020 dengan Norma Baharu

Sekolah dibuka mulai 15 Julai 2020 dengan Norma Baharu | Setelah beberapa bulan sekolah ditutup, akhirnya kini dibuka kembali tetapi dengan norma yang baharu.

Umi pun happy dan dalam masa yang sama masih takut-takut jugak untuk hantar anak ke Sekolah.Tetapi bila melihatkan SOP yang ketat di Sekolah insyallah ramai ibubapa yang sedia menghantar anak ke Sekolah.Terutamanya anak-anak yang bersekolah rendah tu.

Yelah, kalau sekolah Menengah tu mungkin mereka dah betul-betul faham akan norma baru ni, tetapi mereka yang kecil, yang masih bersekolah rendah terutamanya anak-anak prasekolah tu, mungkin kita kena betul-betul tekankan mereka dengan norma baru tu nanti. Entry umi tentang bersediakah kita hantar anak ke sekolah ada menyebut tentang SOP yang telah Kerajaan tetapkan dan kita semua kena ikut demi menjaga diri masing-masing

 

KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, serta murid Tahun 5 dan 6, akan bermula bersekolah pada 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata murid Tahun 1 hingga 4 sekolah rendah pula boleh mula ke sekolah pada 22 Julai ini.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Hari ini ialah hari pertama untuk kelas prasekolah Kementerian Pendidikan dan TADIKA atau TASKA.

 

Untuk pembukaan sekolah ni ada dua peringkat yang kita perlu tahu.

 

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Rabu 15 Julai 2020

  • Tingkatan 6 (Semester 1)
  • Tingkatan 1 hingga 4
  • Tahun 5 dan 6

Rabu 22 Julai 2020

  • Tahun 1 hingga 4

tarikh pembukaan sekolah

Apa pun kita berdoa moga anak-anak kita dilindungi dari segala penyakit yang berbahaya.

Hari ni 1st day Auni bersekolah, umi dah bekalkan dia Mask dan juga Hand Sanitizer.harap dia ingat pesanan umi tu supaya duduk kat tempat sendiri dan jangan pegang-pegang kawan.

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

2 thoughts on “Sekolah dibuka mulai 15 Julai 2020 dengan Norma Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *