Kisahsidairy.com

Malaysian Parenting and Lifestyle Blogger

Suka makan Bubur Lambuk, Tapi tau tak sejarahnya?

Suka makan Bubur Lambuk, Tapi tau tak sejarahnya? | Bubur lambuk di kalangan masyarakat kita memang tak boleh dipisahkan terutamanya bila memasuki bulan ramadhan

Ada ke yang tak suka dengan bubur lambuk ni.Uih..umi memang suka bubur lambuk ni.Kalau bulan puasa tu, kat  bazar ramadhan memang mencari jugak.Ataupun bila dapat dari masjid-masjid.Memang sedap.

Masa umi ke preview buffet ramadhan pun ada juga disediakan bubur lambuk.Cuma tulah, ada jugak yang tak sempat nak merasa bubur tu.Kalau dah disajikan dengan beratus-ratus hidangan buffet ramadhan, sampai terlupa ko nak menjamah.

Nak-nak masa umi ke preview buffet ramadhan di Renaissance Hotel.Menu yang disediakan je dah 400 jenis.Mana nak perasan dengan bubur lambuk tu.Nak buat sendiri memang tak taulah kan bila.Asyik umi nko ni takde mase je nak membuat.Yelah, kalau yang makannya 2,3 ketul, baiklah umi beli je sebekas dua.Takdelah membazir kan,

Haha..itu cuma alasan semata-mata kan? Nak seribu daya, taknak seribu dalih.Tau makan je kan? tapi tau tak tentang sejarah bubur lambuk ni?Apa kata umi share sedikit tentang bubur lambuk ni.

SEJARAH BUBUR LAMBUK

Dari pembacaaan umi, bubur lambuk ini dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15, apabila Parameswara ataupun nama baginda selepas memeluk agama islam, Sultan Iskandar Shah, menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah untuk ditelan tetapi sedap dan berkhasiat.

Namun begitu, sumber ini mungkin agak kabur dan terlalu jauh untuk dikaitkan dengan hidangan bubur lambuk pada bulan ramadhan.Satu lagi sumber mengatakan bahawa bubur lambuk mula dihidangkan di Malaysia, di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur oleh Said Bnk pada tahun  1950-an dan sukatan rempah ratus yang digunakan dalam penyediaan bubur lambuk ini.

Adakah sejarah ini tepat? Mungkin terdapat kebenaran dan fakta yang membentuk sejarah penghasilan bubur lambuk yang kita sedia ketahui pada hari ini, tetapi masih tidak dapat dibuktikan asal- usul dan kepentingan hidangan ini yang hanya disediakan sekali dalam setahun

CARA PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK

Bubur lambuk ini diperbuat dari beras dan campuran rempah serta sayuran pucuk paku miding.Cara memasak bubur lambuk ni berbeza mengikut Negeri.Contohnya di Terengganu, keropok keping  mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa.

ada juga yang memasukkan ubi keledek udang kering dan isi daging atau ayam di dalam bubur lambuk.Kalau tengok di Negeri-negeri utara, ras lemak manis pada bubur tersebut diberi dengan memasukkan santan  dan kulit kayu manis.

Seperti yang korang sedia maklum, lazimnyalah kan, bubur lambuk ni disediakan di masjid-masjid di seluruh Negeri apabila tibanya bulan puasa.Nampak tak penyediaan bubur lambuk ni menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut agama islam setiap kali masuknya bulan Ramadhan.Penyediaan bubur lambuk ini dilakukan secara bergotong royong yang mampu mengeratkan silaturahin antara individu dalam sesebuah masyarakat.

Resepi Bubur Lambuk Betty Benafe

Bahan Utama

  • 1 cawan beras siam
  • 1 sudu rempah kurma
  • 12 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sup bunjut adabi
  • 1 kiub ayam
  • 1 cawan kacang kuda
  • 1 sudu teh lada hitam dikisar
  • 1 cawan sayur campuran(lobak merah, jagung, kacang pis)
  • 2 genggam pucuk paku merah

Bahan Tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntuk bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai diketuk

Bahan kisar halus

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan sampingan

  • Hirisan daun sup
  • hirisan daung bawang
  • bawang goreng
  • telur dadar nipis yang dimayang halus
  • Serunding daging
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara Memasak

  1. Kacang kuda direndam semalaman
  2. Beras dicuci dan ditoskan
  3. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma.Kacau rata sehingga menjadi pes
  4. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan pes rempah dan kacau sehingga pecah minyak.Masukkan beras dan gaul rata.
  6. Tuang air,masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda dan isi ayam.Kacau rata dan masak sehingga beras kembang menjadi bubur.
  7. Masukkan sayuran campuran, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  8. Masukkan santan( jika suka cair tambah air)
  9. Masukkan daun pucuk paku merah, kacau dan rasa.Sedia untuk dihidangkan

Mudah kan bila tengok resepi ni cara nak buat bubur lambuk.Kotlah korang ada masa dan takde idea nak menjamu tetamu, bolehlah sediakan bubur lambuk ni.

Tetiba teringin nak makan dah ni.. Kalau korang yang Suka makan Bubur Lambuk, Tapi tau tak sejarahnya? kena baca entry ni..hahahha

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *