Sehari cukup pengambilan sebiji buah Oren

Sehari cukup pengambilan sebiji buah Oren | umi pun tak pasti cukup atau tak.

Kalau umi bila ada depan mata rasanya lebih dari sebijii. Itupun bukan sebiji sehari. Jarang sangat beli buah limau ni. Tapi kalau beli boleh tahan 3-4 hari jugak. Umi pernah baca khasiat oren ni diambil sebiji sehari. Jom lihat apa yang bestnya dan khasiat sebiji buah limau.

Khasiat buah oren

KENAPA PERLU MAKAN BUAH OREN SEBIJI SEHARI

Dari apa yang umi baca di artikel INI, banyak kelebihan sebiji buah oren

Kajian pakar pemakanan mendapati, hanya dengan memakan sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda akan berasa kenyang lebih lama.
Kenapa? Sebabnya, oren mengandungi serat yang dapat melambatkan proses pengosongan perut serta pencernaan khasiat makanan.
Ini kerana sebiji oren mengandungi serat makanan kira-kira 30 gram. Jumlah ini mencukupi keperluan harian tubuh anda. Jumlah yang disarankan pakar pemakanan ialah sekitar 25 gram sehari.
Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi sekitar 70 miligram vitamin C. Kita disarankan mengambil vitamin C sebanyak 30 hingga 100 miligram setiap hari.
Kalau korang nak tau jugak,  Buah Oren mengandungi vitamin dan mineral semula jadi tetapi mengandungi karbohidrat yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, sukrosa serta membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit, buah oren juga mengandungi karbohidrat, postassium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori.

Mereka yang sedang mengamalkan diet  dikatakan selamat mengambil buah oren ini kerana Kandungan folat yang tinggi seperti dalam oren segar akan menurunkan kadar homocystein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.

Apabila kadar homocystein menurun, risiko diserang penyakit kardiovaskular seperti jantung juga dapat diatasi selain memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser.
Oren merupakan salah satu buah yang memiliki agen perlindungan terhadap kanser yang tinggi.
Malah, ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.
Tapi tulah, sekarang ni untuk memudahkan pengambilan buah oren ni, ramai pulak yang lebih suka mengambilnya dalam bentuk tablet kan. Umi tak berapa suka sangat tablet, umi suka yang jenis soluble tu. Rasa lagi sedap untuk diminum..

Loading

3 Comments

  1. kalau susah nak membuang pun, elok makan buah oren ni sehari sebiji…insya’Allah esoknya terus membuang pagi-pagi..haha

  2. Author

    betul tu sunah…senang nak membuang bila makan oren ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *