Sedondon Di Pagi Raya Dengan Kurta dari Butik Kacax

Sedondon Di Pagi Raya Dengan Kurta dari Butik Kacax | Beli awal tak kalut persiapan hari raya.Bila dah ada rezeki tu, memang kena cepat-cepatlah beli persiapan raya.Kalau nak tunggu masa puasa atau dah nak dekat raya, risau takut tak sempat atau dah kehabisan stock.

Macam tulah umi setiap tahun, akan buat persediaan awal untuk membeli kelengkapan untuk berhari raya.Yang penting umi akan beli dulu pakaian untuk anak-anak.Dan kali ni umi suruh pulak si adik umi tu buat perkara yang sama macam umi buat setiap tahun.Yelah, kalau semua nak serentak  membeli, tak ke naya kan?

Jadi kami cari dulu sikit-sikit bermula dengan pencarian Kurta dan baju melayu.Disebabkan adik ipar umi ni suka sangat pakai kurta tak kira hari raya atau tidak, jadi umi syorkan dia untuk dapatkan kurta di Cawangan Terbaru Butik Kacak.Ini merupakan cawangan butik Kacax kedua di Johor Bahru selepas Angsana Mall.Kalau dulu umi ke Angsana mall, kali ni umi ke Butik mereka di Uda Business Centre.Saja nak cari kelainan kan.Kalau korang jenis suka pegi satu tempat je, boleh la ke sini.

Masuk-masuk je Butik Kacax ni, umi pulak yang rambang mata tengok pelbagai jenis warna dan design.Si pembeli rileks je, tapi yang mengiring bukan main teruja.Bukan teruja apa, umi suka tengok pakaian sedondon anak lelaki dan ayah yang dijual disini.Yelah, kita takde anak lelaki kan, jadi bila ada anak saudara lelaki tu, memang teruja nak carikan dia baju.

BUTIK KACAX

Tengok jelah, dari kurta sampailah ke baju melayu.Ikut hati nak borong semua sampai sebulan hari raya.hahah, dahsyat betul ek impian umi nko ni.Kemain comel dia pakai baju kurta belang-belang tu.

Selain tu, si adik ipar umi ni ada juga try warna dan design yang sedondon macam kat bawah ni.

BUTIK KACAX

Tengoklah semua cantik-cantik kan, warna pun menyerlah.Disebabkan tahun ni kami bertemakan warna baby blue tu, jadi kami sepakat nak beli kurta sedondon anak dan ayah ni.

BUTIK KACAX

Umi suka betul design kurta jalur-jalur ni, next time nak bawa babah untuk try kurta kat sini.Suka betul umi tengok design belang-belang tu.Itu kalau nak pakai harian pi kerja pun sesuai kan?

BUTIK KACAX

BUTIK KACAX

Tengok jelah warna-warna yang dikeluarkan di butik Kacax ni, semua warna-warna mengikut trend terkini.Jadi confirm korang akan terembat satu.Walaupun belum bulan puasa pun, umi tengok berdedai jugaklah customer dok masuk sini untuk pilih kurta mereka.

Sebab tu tak payah tunggu bulan puasa, sekarang pun dah boleh beli pakaian untuk hari raya.

BUTIK KACAX

Ye,bukan setakat adik ipar umi je teruja malah umi pun teruja jugaklah nak mencari baju raya.Survey dulu untuk babah, kotlah nanti babah berkenan lagi design yang ada kat kurta.Tapi kali ni babah kata dia nak cari baju melayu.Yang tu umi pun dah survey baju melayu untuk babah.Yang bestnya harga untuk baju melayu tak sampai RM200 uols.

Sedondon Di Pagi Raya Dengan Kurta dari Butik Kacax

Warna baby blue tu pun ada untuk size babah.Baju melayu kat sini sampai 3xl.Ikut kain jugak kebesaran dia tu.Ada design yang umi nampak tu 3xl dia kecik dan ada jugak yang nampak besar.Takpe, kalau kita tak datang cuba, kita tak taukan dia boleh muat atau tidak.Untuk kurta pula sampai size 5xl.

BUTIK KACAX

Umi suka betul butik kacax yang kat UBC ni, still nampak selesa dan besar.Jadi baju yang dipamerkan pun banyak jugak.Tu yang rambang je mata ni nak memilih.

BUTIK KACAX

Tempat untuk menunggu pun selesa tau.Kalau bawa anak-anak takdelah risau sangat.

Kalau korang tanye kenapa umi suka shopping dekat butik Kacax ni, salah satunya adalah menggunakan jenis kain yang selesa dan premium. kain sejuk dan tidak panas yang menyebabkan si pemakainya berasa selesa ye.Juga variasi pilihan leher, lengan dan cutting.Jenis kurta kat sini pun kebanyakkannya yang jenis ironless, jadi tak kalut la bila nak memakainya.Kat sini juga ada jenis kurta fit size dan biasa pun ada.Banyak sangat pilihan untuk korang pilih.

Sedondon Di Pagi Raya Dengan Kurta dari Butik Kacax

Bukan itu sahaja, kalau korang nak cari butang baju melayu aku mana pah pun ado.Nak complete lagi samping pun ada dijual disini.Hah, senang nak cari semua kelengkapan untuk hari raya.

 

APA YANG MENARIK DI BUTIK KACAX NI?

  •  Menyediakan Kacax Kurta dan T-Shirt
  • Menyediakan Baju Melayu 
  • Menyediakan baju dewasa dari saiz XS-5XL
  • Menyediakan baju kanak-kanak dari saiz 1-13
  • Menyediakan lebih 50 pilihan warna
  • Menyediakan lebih 20 design

Kalau korang mencari kurta sedondon, baju melayu sedondon, korang wajib terjah butik kacax ni samada di Angsana Mall ataupun di Uda Business Centre.

Sedondon Di Pagi Raya Dengan Kurta dari Butik Kacax

Settle dah membeli kurta untuk anak dan bapak, lepas tu terus ke Butik Jamilah yang berada di Angsana Mall.Haish, cukup lengkap la kan baju sedondon satu family.Nak cari baju lelaki dan anak lelaki di Butik Kacax, nak cari baju anak perempuan dengan ibu cari kat Butik Jamilah.hah barulah sedondon di pagi raya dengan kurta dari butik kacax dan Jamilah.

So, korang cepat-cepat terjah tau butik Kacax ni sebab stok masih panas-panas lagi tu, boleh la ke tempat yang umi sebutkan di bawah ni.

BUTIK KACAX UDA BUSINESS CENTRE

Alamat : No. 24, Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Waktu Operasi : 10 am to 7 pm

BUTIK KACAX ANGSANA MALL JOHOR BAHRU

Alamat : Angsana JB Mall, L3.41, LEVEL 3, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 10 am to 7pm

BAZAR RAYA B5

Bermula dari 25/2/2024 dari 12 pm to 12am

 

Jomlah beraya bersama KACAX “ULTIMATE DIFFERENCE” yang membuatkan si pemakai nampak sentiasa kacak dengan baju melayu dan kurta

Korang boleh terjah juga laman social mereka

Tiktok | Instagram | Facebook

Video reels dari umi

Reels

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *