burasak

Sedapnya kalau dapat makan Burasak

Sedapnya kalau dapat makan Burasak | Masa nilah rasa nak makan macam-macam.Dah macam orang mengidam pun ada.

Kalau tak mengandung tak boleh mengidam ke? Memang mesti mengandung eh baru mengidam..hahaha..Pernah ler cakap kat babah pasal nak makan burasak ni.Tapi itu ler jawapannnya.Umi mengandung ke? Eh!! memang nak mintak kena piat telinga ke ape?

Siapa suruh bawak breakfast kat kedai tu.Kejadian beberapa bulan yang lepas, dah boleh bawa anak-anak keluar makan, jadi umi tanya babah nak makan kat mana? Plannya nak makan kongkong tapi babah kata asyik kat sana je, kita cuba tempat lain.

Jadi dia kata nak makan tempat yang dia dan pensyarah lain rajin makan kat sini.Dekat dengan  Poli kan? Jadi senang ler dia nak menyinggah.

So, umi on jelah pergi kesana.Rupanya kat situ ada jual burasak.Sebelum ni kalau nak makan burasak umi rajin ler suruh Pakngah umi buatkan.Kalau raya tu confirm berikat-ikat dia bagi kami.Tapi lepas dia sakit, takdelah dapat merasa makan burasak tu kan.

Rupanya kedai tu sangatlah popular dengan burasak.Umi pun ngoderlah burasak dengan Asam pedas ikan parang.Uih..Memang mabless weh asam pedas dia.Memang betul kena dengan tekak.Cari kat foodpanda takdelah pulak kan buat delivery.

Kedai ni pun cuma buat penghantaran ke kawasan berdekatan je.Jauh dari tu dia tak hantar lah kot.Dah sekali cuba mesti nak lagi.

Dok tersimpan gambar burasak tu dalam phone.Jadi umi keluarkanlah buat tatapan mata.Mana tau hujung minggu ni boleh pi makan kan?

Ada ke yang tak tau burasak ni apa?

Baca juga : 10 Aneka rendang menu hari raya

Burasak ni merupakan makanan orang bugis.

Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.Dari smber yang umi dapat dari facebook,Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging. Memang dap.. lah

Dipercayai orang Bugis berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang admin tahu lah.

Hah.gitulah ceritanya pasal burasak.Orang kata tempat sedap nak makan burasak ni di area pontian.Wallahualam.Sungguh jauh ye untuk umi ke sana.Jadi kita pergi tempat yang dekat tu jelah.

Meh umi kongsikan resepi buat burasak ni.Nak buat sendiri kang takut jadi ape pulak kan? Kotlah korang terajin nak buat, boleh lah follow resepi NI

RESEPI BURASAK 

burasak

Bahan-bahan

  • Beras wangi 1kg
  • Kelapa 1 biji – diparut dan diambil santannya.
  • Garam secukup rasa
  • Daun pucuk pisang berukuran A4 untuk bungkus
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal

Cara Membuatnya

  1. Beras dibasuh sehingga 2 hingga 3 kali.Kemudian panaskan santan hingga mendidih.Setelah mendidih kecilkan api.
  2. Masukkan garam secukup rasa,Apabila santan sudah berubah warna, padamkan api.
  3. Tuangkan santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti memasak nasi lemak.
  4. Tuangkan santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti memasak nasi lemak.
  5. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata
  6. Lipat nasi seperti melipat kuih lepat pisang.Urut-urut atas bungkusan leper dan padat.
  7. Pastikan tidak terlalu nipis ataupun terlalu tebal.

Cara membungkus :

Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4.Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat.(Petua memastkan daun pisang tahan dan tidak koyak, jemur atau salai daun pisang terlebih dahulu)

Cara mengikat

Susun bungkusan berlima dengan tali rafiah.Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung satu lagi.Simpulkan di tempat permulaan.Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus.Burasak hampir siap.

Cara memasak

Rebus burasak selama 1-3 jam.Lebih enak sekiranya masa lebih daripada itu.Sebaiknya direbus ke dalam periuk besar menggunakan kayu api yang marak.Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupa.Buka tali dan buangkan daun pisang tua.Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Hah!! macam mana korang,dah ready ke nak buat burasak.Nampak senang kan? Tapi kalau buat tak taulah..hahaha

Lepas siap burasak tu boleh la makan dengan asam pedas.Bila tengok gambar ni Sedapnya kalau dapat makan Burasak sekarang ni

 

 

Related Posts

2 thoughts on “Sedapnya kalau dapat makan Burasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *