SECRET GARDEN WEDDING SHOWCASE SENTUHAN WHITEBOX BRIDAL DI THISTLE JOHOR BAHRU | Siapa je tak pernah ada impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema SECRET GARDEN ni kan.
Kalau ada budget, apa salahnya buat sesuatu yang memang impian kita.Kahwin tu kan sekali je dalam seumur hidup.Jadi untuk satu hari tu, mestilah nak buat mengikut impian kita.
Baca juga : Sea & Grilled Buffet Thistle Hotel Johor Bahru
Bercerita tentang Secret Garden Wedding ni, Kalau korang nak tahu, pertama kalinya THISTLE HOTEL JOHOR BAHRU mengadakan malam showcase perkahwinan dalam taman dengan tema SECRET GARDEN WEDDING SHOWCASE.Thistle Hotel dengan kerjasama bersama Whitebox Bridal akan membuat perkahwinan korang satu perkahwinan yang takkan dilupakan dalam hidup korang.
Hah gitu.Kemain lagi kan,Kalau dilihat sentuhan tatarias dari Whitebox Bridal ni, memang umi sungguh-sungguh kagum melihat sentuhan mereka yang luar biasa ni.Walaupun hujan renyai-renyai di majlis tersebut, ianya tetap meriah.
Lihat sahaja taman yang nampak biasa di siang hari, menjadi luar biasa dengan limpahan lampu-lampunya menghiasi taman ini.
Nampak je pelamin yang simple tapi ia boleh bertukar kepada luar biasa tau bila datangnya mempelai di atasnya
PAKEJ SECRET GARDEN WEDDING HANYA RM56 RIBU SAHAJA
Pakej lengkap perkahwinan di Orchid Ballroom Thistle Johor Bahru ni bermula dari RM56k untuk 250 pax.Tetamu yang hadir pun akan rasa terpana tau melihat keindahan sentuhan whitebox Bridal ni.
Yang bestnya pengantin akan diarak dari kolam renang tu sehinggalah masuk ke pintu gerbang ke tingkat atas taman tu.Sangat-sangat cantik.Dah macam dalam cerita fairy tales dah umi tengok.
Pendek kata memang berbaloilah.Dengan menu-menu yang disediakan oleh pihak Thistle Hotel sangat-sangat menarik dan sedap.
Cantik betul meja hidangan pengantin ni kan.

Terus teringat kat kambing ni.Sedap betul tau dan isi pun lembut.Berapa kali dok repeat je.Biasalah kan, masa kami datang tu hujan, perut pun lapar memanjang.Sementara nak tunggu hujan reda tu makanan wajib masuk mulut.hahaha
Nak tengok pelbagai jenis menu yang disediakan, boleh tengok page umi dibawah
Untuk bakal pengantin, hah dah boleh la survey la kan pakej-pakej yang ditawarkan ni.Jadikan hari perkahwinan korang menjadi kenangan manis yang paling diingati.
Nak dapatkan info mengenai pakej perkahwinan di Thistle Hotel Johor Bahru boleh contact Siti Zahid di +60 12 788 0507 atau hubungi pihak Bridal Whitebox di whiteboxdesigned77@gmail.com atau whatssap mereka di wa.me/60187774202
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.