Secawan Kopi Champ Di Kedai Kopi Otai

Secawan Kopi Champ Di Kedai Kopi Otai.Lama nau baru dapat makan-makan kat sini tapi tulah sayangnya umi tak dapat merasa toast bread yang ramai sebut-sebutkan tu.

Ingatkan hari isnin takdelah ramai orang, lagi pun masa umi pergi tu pun baru je pukul 10.30 gitulah.Tapi tak sangat segala jenis roti dah habis.Jadi sedikit keciwa sebab tak dapat nak rasa apa yang umi nak.

Mak cakap nampaknya balik kenalah habiskan menu sarapan yang kami buat pagi tadi.Biasalah bila tinggalkan anak-anak di rumah ni makanan mesti mencukupi.Dengan roti canai, bubur kemboja, dan kuew tiaw umi sediakan.Punyalah nak rasa makanan dekat Kedai Kopi otai tu, umi hanya jamah sikit jelah.Rupanya hampa.

Masa ke kedai tu memang nampak penuh meja.Customer memang silih berganti je.Of courselah ada menu yang mungkin membuatkan orang akan repeat selalu.Dan yang penting owner dia orang melayu.Jarang tau kopitiam macam ni kepunyaan orang melayu.

source :fb

Dulu pun umi bercita-cita nak bukak hanya sekadar warung kopitiam tapi tulah, itu cuma angan-angan je.Nak jadi kenyataan tu tak taulah bila.

Jadi pagi tu berkesempatan nak datang, dah duduk kat meja, order toast bread tetapi sayangnya, semua jenis roti dah habis.

Umi ingatkan isnin tu kuranglah kan orang, tapi tak sangka pulak roti sampai habis..hahahhaha

Jadi hanyalah secawan kopi champ di Kedai Kopi Otai.Takpelah, next time kita datang lagi.Mana tau kan ada rezeki.Kami cuma order lempeng, ubi rebus dan juga lekor cheese sahaja.Dua cawan kopi champ, dua cawan kopi O,segelas teh tarik dan juga air sirap.

Memandangkan umi taknak makan berat, itu sahajalah menu yang kami order sambil menantikan kain siap untuk dikeringkan.

Umi suka masuk kedai kopi otai ni sebab rasa macam klasik je.Nampak lah otainya kedai kopi ni sebab suasana kedai ni nampak klasik sangat.

Korang tengok pun dah tau kan?

Nak ambil gambar pun tak sempat uii..Ni mana yang umi dapat snap jelah.Actually masa datang sini bawa dua budak kecil yang sedang aktif bergerak sana sini.Jadi macam biasa, risau kalau bawa budak di kedai makan ni, jenis pulak tak reti duduk diam kan,takut kang terlanggar orang ke, orang langgar dia ke, terkena air panas yang waiter tu bawak ke kan.Risau okeh!! 

Jadi tunggulah nanti pergi dengan babah sekali lagi.Barulah rasa nak makan berat dan sebagainya.

Kalau korang nak terjah tempat ni, dia berdepan dengan Sheraton Hotel yang baru bukak tu.Corner lot dan mudah sangatlah nak jumpa.Tak pun korang waze jelah.

 

1 Comment

  1. Seronok sesekali mengopi di kedai kopi macamni. Rasa rileks je kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *