SEAFOOD Night Buffet Dinner di LEGOLAND® Malaysia Resort | Minggu Lepas umi berkesempatan jemputan untuk makan-makan di Bricks Family Restaurant Legoland Hotel.
Ini kali pertama umi menjejakkan kaki ke Hotel Legoland.Patutlah ramai parents yang suka sangat bawa anak menginap di Legoland dan dinner disini.Rupanya banyak sungguh aktiviti yang ada pada masa-masa tertentu.
Nak sambut hari jadi kat sini pun seronok tau.Masa umi makan malam di sini, ada beberapa keluarga yang sambut birthday anak diorang.Kemain happy anak-anak ni sambut birthday kat sini.
Siap dengan maskot lagi tau.Manalah budak-budak tak happy kan?
Makanan yang disediakan pun meriah dan pelbagai variasi.Jadi kita boleh pilih nak makan makanan melayu, western dan macam-macam lagi.Dessertnya pulak bukan main lagi meriah.Nasiblah tekak umi hari tu tak berapa nak elok, kalau tidak habis umi bedal semua.
Sup tulang di Bricks Family Restaurant Legoland Hotel ni memang sedap tau.Dapat cicah dengan roti perancis tu hilang rasa sakit tekak.
Nilah sup tulang yang umi cerita tu.Memang sedap dan kuahnya pekat.Kena pulak dengan sambal kicap memang menjadilah jawabnya dok menghirup.
Tak ingat pulak nama menu salmon ni.Kena dengan kuah dia lagi la sedap kan.
Ni pulak menu selain dari menu berat.Salad dan juga buah-buahan segar ye.

Oyster fresh, tapi tidak termasuk dengan harga untuk buffet tu ye.Tak silap umi 6 oyster ni harga dia dalam RM84 kot.Ke RM64. hah gitulah range harga untuk oyster ni.Serius weh! besar oyster ni.
Meriah kan seafood yang ada dekat sini.Ambil lah banyak mana yang korang nak ambil, janji dihabiskan ye.Takmo membazir sebab membazir kan amalan syaitonn!!
Kemain meriah kan dessert dan kuih muih kat sini.Memang berbaloilah korang dinner kat sini.Sambil tu boleh saksikan aktiviti yang dijalankan disini.
Sushi dan menu lain pun banyak.Setiap masa diorang top up tau.Kalau tak kenyang jugak tak taulah kan?
Oh ya, kalau korang nak bawa anak-anak dan keluarga dinner kat sini, korang boleh la datang pada hari Jumaat dan sabtu.
SEAFOOD Night Buffet Dinner di LEGOLAND® Malaysia Resort
RM138 nett dewasa ( 12 – 59 tahun)
RM70 nett kanak-kanak (5-11 tahun/ 60 tahun)
10% discount for Annual Pass Holder.
Untuk booking atau keterangan lanjut boleh klik dekat SINI
