Seafood & BBQ Dinner Buffet di Renaissance Hotel Johor

Seafood & BBQ Dinner Buffet di Renaissance Hotel Johor

Seafood & BBQ Dinner Buffet di Renaissance Hotel Johor | Siapa yang suka makan makanan ni, memang wajib datang ke sini.

Untuk Buffet Dinner Seafood dan BBQ ni dah pun bermula dari bulan ini dan akan diteruskan mungkin sehingga Ramadhan.Jadi banyak lagi masa yang korang boleh datang untuk Dine In di sini.

Nak datang hari biasa pun boleh juga, tapi berlainan lah menu yang akan umi ceritakan kat bawah ni.

Untuk Seafood & BBQ Dinner Buffet di Renaissance Hotel Johor ni adalah pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad sahaja tau.

Baca juga : Pelbagai Menu di Buffet Dinner di Cafe BLD Renaissance Hotel Johor

Menu-menu yang dihidangkan untuk Buffet dinner seafood dan BBQ ni memang berbaloi.Walaupun korang tengok harga yang tertera adalah pada harga RM98 per nett, umi boleh katakan ianya sangat berbaloi sebab menu bukan sikit-sikit.Banyak pilihan yang korang boleh pilih bila korang makan kat sini.Nak lebih berbaloi, korang booking melalui TableAppCafeBLD ni.

Kalau tak percaya kenapa umi cakap berbaloi makan dengan harga yang umi dah bagitau kat atas tu, jom tengok antara menu-menu yang umi sertakan dibawah.Nak tengok menu penuh boleh tengok dekat Facebook dan IG umi ye.

Seafood & BBQ Dinner Buffet di Renaissance Hotel Johor

Seafood & BBQ Dinner Buffet  di Renaissance Hotel Johor

Seafood & BBQ Dinner Buffet  di Renaissance Hotel Johor

Seafood & BBQ Dinner Buffet  di Renaissance Hotel Johor

Umi ni jarang-jarang lah makan oyster.Tapi kalau datang ke Renaissance Hotel Johor ni, bila ada seafood & BBQ dinner ni memang wajib pekena Baked Oyster dia tau.

Apa lagi menarik?

Seafood & BBQ Dinner Buffet  di Renaissance Hotel Johor

Peminat-peminat kambing ni perlulah kan merasai Lamb flap ni sebab sangatlah sedap ditekak umi.Tekak orang lain umi tak taulah kan.Tapi kalau korang tak cuba sendiri memang tak taulah macam mana pada korang.

Antara menu goreng-goreng yang korang boleh dapati disini.Macam-macamlah ada.Jangan kata goreng-goreng, bakar-bakar pun ada ye.

Nak tengok lagi menu lain?

Seafood & BBQ Dinner Buffet  di Renaissance Hotel Johor

Yeay!! sape suka sushi angkat tangan!! Pelbagai jenis sushi korang boleh dapati di sini tau.

Nak tengok banyak lagi pic menu yang umi dah snap masa makan kat Renaissance hari tu, silalah ke fb and ig umi ek.

Kalau dinner takde menu dessert memang tak sah.Umi paling suka bila cerita bab dessert ni tau.Dah ler banyak aneka dessert, semua sedap pulak tu.

Tak caya?

Dessert bukan hanya kata cake semata, malah kuih muih lama pun ada tau.

Cukup lengkap ke tidak tu?

Seafood & BBQ Dinner Buffet  di Renaissance Hotel Johor

Memang takde istilah diet tau bila nampak menu dessert yang mereka hidangkan ni.Melampau sungguh kan umi makan..hahaha

 

Nak reserve table, boleh terus contact:
Cafe BLD: +60738133227
WhatsApp: https://wa.me/60177713327
Online reservation: http://bit.ly/TableAppCafeBLD

#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable

Related Posts

17 thoughts on “Seafood & BBQ Dinner Buffet di Renaissance Hotel Johor

  1. Semua lauk pauk nampak sedap-sedap belaka. Nak nak memang peminat seafood pun ni. Pemanis mulut tu pun nampak sedap….Haihhh semualah best kat sini.

  2. Ramadhan tiba Ramadhan tiba! dah nak puasa dah kita hopefully tahun ni semuanya operate macam biasa. kesian diorang banyak terkesan tahun lepas. nanti kalau ke sana boleh singgah hotel ni

  3. Bestnya macam-macam ada.. Happy bila tengok hotel2 dah start mula promote buffet mereka sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang! tak sabar la nak merasa juga.. if ada rezeki boleh rentas negeri g cuti2 kat JB, boleh la Nell try ni nanti.. 🙂

  4. Wahhh nampak menarik semua makanannya… Bestnya macam-macam ada. Terliur Nina dibuatnya. Nanti kalau ada kesempatan boleh lah nanti pergi try makan sana. Nak-nak pun family Nina jenis kaki seafood. Okay lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *