BERBALOI MAKAN DI SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

sea and grill buffet dinner thistle Hotel.1

BERBALOI MAKAN DI SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB | Tempat yang selalunya menjadi tumpuan ramai pada hari jumaat dan sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam

Kalau korang tak tahu mana nak bawak family untuk dinner di kawasan Johor Bahru ni, of course umi memang rekemen antara tempat yang terpaling korang kena datang.Sesekali kan belanja family, kawan, kekasih kat tempat yang mahal sikit.

sea and grill buffet dinner thistle Hotel

Lagi pulak dengan suasana di tengah bandar menghadap kolam renang dan boleh tengok matahari terbenam sekali.Apa yang umi suka tempat makan di Thistle hotel ni, dia terbuka tau.Sebab tu tempat makan di Thistle hotel ni dipanggil GLASS.Memang class uih tempatnya

BERBALOI MAKAN DI SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

Tengok tu boleh menembusi suasana kat luar.Memang betul-betul best kalau makan kat sini.Itu baru suasana makan kat GLASS Thistle JB ye, belum umi cerita tentang makanan yang disajikan untuk SEA & GRILL BUFFET DINNER ni.Lebih dari 100 lebih menu yang dihidangkan untuk buffet dinner ni.Berbaloi kan.

BERBALOI MAKAN DI SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

Umi paling suka ayam percik dengan nasi beryani dia.Shell out dengan seafood on ice dia pun uih.Boleh tahan.Nak tau tak, umi ambil 4 keping oyster tau malam tu.Nasib baik tak sakit perut.Entah la ek, terminat pulak makan raw oyster ni.Kena yang segar, memang sedap weh!

 

Belum lagi menu-menu lain yang dibakar tu.Makan panas-panas memang sedah weh.Udang butter dia pun boleh tahan jugak.Kemain umi menambah tau.

Jom tengok antara menu-menu yang dihidangkan pada malam tu.

Tempat dimana korang boleh dapatkan Main course diorang seperti Steam white rice, Chicken Lasagna,BBQ Beef Brisket, Kari Kambing, dan banyak lagi la.

Ada juga Live station untuk spaghetti dan bakar-bakar di bahagian luar.Semua tu patut korang cuba.Mee rebus dia jangan lupa untuk cuba ye.

SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

Ni antara menu yang korang boleh dapatkan di buffet dinner ni.Ada jugak rojak buah dan salad.

SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

Ini pulak Seafood On Ice yang korang boleh makan tau.Rugi kalau tak cuba seafood on ice ni.Udang, kupang dan oyster tu semua fresh tau.

SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

Korang kena cepat-cepat kosongkan perut sebab dessert kat sini sedap-sedap.Macam-macam yang korang boleh cuba.Ada juga ABC dan Marshmellow coklat.

Mana cukup setakat tu kan, mestilah ada juga buah-buahan selain dari dessert di atas ni.Dan tak lupa juga menu minuman yang disediakan tu.Peminat coffee jangan risau, sebab mesin kopi pun ada disediakan.Mana tau kan, nak minum panas-panas sebagai penutup.

Nasiblah umi balik tu kena tidur awal, esoknya nak kena gerak pagi, jadi tak jadilah umi nak berkopi malam tu.

Kalau korang nak tengok menu satu-satu korang boleh tengok kat Page umi kat bawah ni ye.

Oklah, korang cepat-cepat book  Buffet dinner di Thistle Hotel Johor Bahru tau sebab selalunya tempat ni selalu sangat fully booking.Jangan kata umi  tak payung pula

BERBALOI MAKAN DI SEA & GRILL BUFFET DINNER THISTLE JB

📅 Every Friday and Saturday
⏰ 6.30pm – 10.00pm
🍽️ RM80 nett per adult / RM45 nett per child (6 – 12 years old) or senior citizen (60 and above)
Menu: https://tinyurl.com/TJBSeafoodBuffet
For reservations and more details:
📞 07-267 8999
📱 https://wa.me/60127892092
*Kindly make your booking in advance
#ThistleJohorBahru #resortinthecity #glass #seaandgrill #buffetdinner #kisahsidairydotcom #sitirohaidadotcom #jdtblogger #bloggerjohor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.