SCABIES DAN TANDA JANGKITANNYA

SCABIES DAN TANDA JANGKITANNYA | Mungkin ada yang pernah dengar tentang scabies atau dalam bahasa melayunya kudis buta.

Sebelum tu meh umi share apa itu scabies sebelum kita bercerita lanjut tentang cara jangkitan dan apakah akibat terkenanya jangkitan scabies.

 

KUDIS BUTA : Kutu

Kudis Buta atau terma perubatannya, “SCABIES” ada sejenis jangkitan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sejenis kutu.

Kutu ini dinamakan Sarcoptes Scabiei.

Dewasa mahupun kanak-kanak tidak terlepas dari jangkitan ini

SCABIES

BAGAIMANA BOLEH TERKENA JANGKITAN SCABIES?

Scabies atau kudis buta ni tersebar apabila seseorang itu mempunyai ” direct contact” secara berterusan dengan kutu ini.

Ia bukanlah masalah yang disebabkan kurang tahap kebersihan, tetapi ia dilihat cenderung di tempat-tempat seperti asrama dan penjara.

Kudis buta juga sangat cepat merebak dikalangan seisi keluarga.Individu yang berimuniti rendah juga lebih berisi dijangkiti kudis buta.

JOM KENALI SARCOPTES SCABIEI

  • Mempunyai 8 kaki
  • Berbentuk bulat
  • Mampu mengorek kedalam kulit, membentuk “burrow” atau terowong.
  • Kutu betina akan bertelur dan mati.
  • Boleh ada sekitar 10-15 ekor pada badan pada satu masa

SCABIES DAN TANDA JANGKITANNYA

Terdapat satu lagi jenis Scabies yang dikenali sebagai Crusted scabies atau Norwegian Scabies, yang mana boleh ada sehingga beribu ekor kutu Sarcoptes scabies Var homonis.

APAKAH TANDA-TANDA JANGKITAN KUDIS BUTA?

  • Gatal : Terutama pada waktu malam.Ini adalah reaksi alahan badan terhadap kutu tersebut.
  • Biji-biji kemerahan pada : tapak tangan dan kaki, celah-celah jari, kemaluan,punggung dan pusat.
  • “Burro” atau satu baris kemerahan : disebabkan terowong yang digali kutu untuk bertelur.
  • biji-biji berkandung nanah : akibat jangkitan kuman bakteria pada ruam kudis buta.

DIAGNOSIS

Berjumpa dengan doktor yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.Gejala-gejala atau tanda-tanda di ruam scabies sudah cukup untuk doktor mengenalpasti kudis buta.

Ada kala doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan “Dermascope” untuk melihat ruam kudis buta dengan lebih jelas.

RAWATAN

Ubat-ubatan anti-kudis buta

Ia biasanya perlu dipakai satu atau dua malam(berterusan)bergantng pada jenis preskripsi yang diberi.Ubat ini dalam bentuk losyen.

Ubat krim sapu dan biji juga ada diberikan bagi mengurangkan kegatalan.Jika terdapat nanah, antibiotik perlu diberikan terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan anti-kudis buta.

Satu perkara penting, jika salah seorang dari ahli keluarga dijangkiti kudis buta, maka adalah wajar untuk doktor merawat seluruh ahli keluarga kerana ia sangat mudah berjangkit.Rawatan tetap diberi walaupun ahli yang lain tiada tanda gatal atau ruam kemerahan.

Pesanan lain:

  • Pakaian yang dipakai dalam tempoh seminggu terkini perlu direndam dalam air panas dan dibasuh semula.
  • Basuh semula cadar katil dan selimut.
  • Tilam yang ada perlu dijemur di luar kawasan rumah untuk beberapa hari.Jika tilam sudah lama, bolehlah diganti dengan tilam baru.

Harap info yang umi dah terangkan diatas sedikit sebanyak memberi gambaran tentang SCABIES aka KUDIS BUTA.

Sedikit sebanyak tentang latar belakang KLINIK AVICENNA KLINIK AVICENNA ditubuhkan dengan matlamat memberi rawatan untuk penyakit kulit dan estetik yang terbaik untuk semua. Sejak 2018, KLINIK
AVICENNA mula berkembang dan menjadi pilihan ramai. Rawatan daripada doktor-doktor terlatih yang profesional dan berpengalaman menjadikan KLINIK AVICENNA pilihan utama untuk semua.


Di KLINIK AVICENNA, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan Estetik. Dengan kelengkapan mesin-mesin laser terkini, yang mendapat kelulusan dari FDA, rawatan di KLINIK AVICENNA diberi khusus terhadap masalah yang anda hadapi, supaya anda beroleh kulit yang lebih cantik, sihat dan berkualiti. KLINIK AVICENNA adalah klinik yang berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai taraf LCP Certified Clinic.


Antara rawatan-rawatan yang diditawarkan di KLINIK AVICENNA adalah:

  • Acne (jerawat)
  • Acne scar (parut jerawat)
  • Melasma, freckles, solar lentigen (jeragat)
  • Enlarged pores (pori)
  • Wrinkle (kedut)
  • Panda eye (dark circle)
  • Whitening
  • Lip
  • Hair problem (growth/ hair loss/ hair removal)
  • Keloid/ burn scar
  • Laser
  • Botox, Filler, Skin Booster, ThreadLift
  • Slimming & Fat Melting Injection
  • Skin diseases (Eczema, Skin Infections, Psoriasis, Fungal Infections,
    Allergy)
  • Sexually Transmitted Diseases (Syphillis, Gonorrhoea, Chlamydia, Genital
    Wart)
  • Minor Surgery (Cyst, Lipoma, Mole, Xanthelasma, Milia, Keratosis,
    Syringoma, Wart)

Waktu Operasi KLINIK AVICENNA:
Rabu – Ahad : 10 pagi – 6 petang
Isnin : 10 pagi – 3 petang
Selasa : Cuti
Untuk pertanyaan dan temujanji di Klinik Avicenna, sila hubungi Klinik
Avicenna
Website: www.klinikavicenna.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/klinikavicennajitra
Instagram: https://www.instagram.com/klinikavicenna
Youtube : https://www.youtube.com/@klinikavicenna6094
Whatsapp:
JITRA, KEDAH: http://www.wasap.my/60102166003/KLINIK

SHAH ALAM, SELANGOR: http://www.wasap.my/60102054003/KLINIK

ALAMAT
1. KLINIK AVICENNA JITRA KEDAH:
NO 4, BANDAR DARULAMAN JITRA,06000 KEDAH.
(SEBELAH DOMINOS PIZZA DAN MYKORI JITRA KEDAH)
Contact No: 04 – 917 6003
2. KLINIK AVICENNA SHAH ALAM:
R-02-05 (TINGKAT 1), EMIRA, JALAN AKUATIK A13/64A,40100,
SHAH ALAM SELANGOR.
(DEPAN AEON MALL SHAH ALAM)
Contact No: 03 – 5038 4478

3. KLINIK AVICENNA BANGI: Coming soon…stay tuned.

 


Untuk korang yang masih ada masalah yang sama atau any problem dengan masalah kulit boleh sahaja Whatsapp terus ke nombor klinik untuk mendapatkan rawatan dan pertanyaan lanjut .Jom dapatkan rawatan di Klinik Avicenna.

 

 

Loading

2 Comments

  1. Terima kasih atas penjelasan dan perkongsian tentang scabies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *