Sayu hati bila Ramadhan nak Pergi | Untuk tahun kali yang kedua kita beraya dimusim PKP.Semenjak timbulnya wabak ni, seluruh Negara huru hara.
KUN FAYAKUN
Jika semudah itu Allah menciptakan syurga dan neraka, langit dan bumi, matahari dan bintang, manusia dan tumbuhan, Maka aku yakin tak akan sulit bagi Allah untuk menolong hambaNya, sebesar apa pun masalah itu.
Tahun ni tak dapat nak beraya dengan mak, walhal masa PKP pertama dulu, kami memang berPKP di rumah mak.Berbeza tahun ni, kami langsung tak dibenarkan balik.Mujur ada adik-adik yang tinggal dengan mak ada.Ada juga riuh rendah cucu dia di sana.Ada juga menantu dan anak yang boleh bantu dia disana.
Umi tak dapat bayangkan orang tua yang sudah berusia, yang tinggal jauh dari anak-anak.Macam manalah mereka di sana.Macam mana dengan makan minum diorang.Tak usah nak fikir pasal raya lagi dah.Fikir macam mana mak ayah kita kat kampung tu je.
Kalau ada jiran-jiran yang membantu menjaga mereka, syukur alhamdulillah.Di zaman moden ni, perlu sediakan mereka telefon walau tak secanggih mana pun.Dapat bercakap, bertentang mata walau di telefon pun sudah memadai.
Selalulah bertanya khabar mereka selagi mereka ada.Selagi mereka boleh berkata-kata, selagi mana mereka boleh tersenyum.
Allah nak uji kita.
Sebab dia tau hamba-hamba dia kuat.Kuat untuk hadapi dugaan dari dia.Bukan kuat membawang atau kuat komplen itu dan ini.Dia nak ajar kita besederhana dalam setiap perkara.Suruh kita mengingati nasib-nasib saudara islam kita yang dilanda musibah di luar sana.Syukur Malaysia masih aman.Tiada perang, tiada yang mati kelaparan.
Sama-sama membantu,sama-sama berganding bahu.Bukan berperang mulut.
Sayu rasa hati umi ni dari semalam lagi.Entah kenapa?
Sayu hati bila Ramadhan nak Pergi…
Bukan fikir pasal raya, bukan fikir pasal tak boleh balik raya.Tapi fikir Apa akan jadi esok, lusa, minggu depan, tahun depan dan kesudahannya.Semoga Allah swt ampunkan umi.Ampunkan setiap kesalahan umi.Beri umi peluang untuk jadi hambaNya yang lebih baik.
Kita belum lagi menang.Kita juga diantara Negara yang tinggi kadar jangkitan setiap hari.Covid bukan main-main.Covid bukan hanya rekaan.Covid is real korang! Pengalaman menjadi seorang pesakit covid, melihat betapa merkea yang berusaha untuk sembuh.Dalam fikiran teringat apa akan jadi pada aku?
Apa jadi pada mereka yang sedang kritikal? Boleh sembuh atau sebaliknya.
Teringat masa berpisah dengan mak mertua umi di hospital permai, banyak benda yang umi fikir bila doktor kata jantung MIL tak stabil.Walau dia nampak ok, tapi dalaman dia kita tak tahu.
Bila teringatkan mereka yang berisiko ni tak boleh survive, terus umi terfikir, selepas berpisah di hospital ni, boleh tak umi berjumpa dengan dia lagi? Boleh tak umi berpeluang untuk jaga dia lagi? Sempat tak umi nak mintak maaf pada dia?
Allahu..
Macam-macam….
Tapi Allah maha baik…Allah maha baik..Allah maha baik.
Ujian yang diberikan pada kami sekeluarga tidaklah seteruk dari keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat covid.
Bayangkan jenazah yang kita tak boleh tatap, tak boleh pegang, tak boleh nak usap,kita hanya boleh tangisi pemergiannya dari jauh.
Ramadhan akan pergi meninggalkan kita buat sekelian kalinya.Entah tahun depan dia akan datang lagi entahkan tidak.
Sempat lagi kita nak berdoa pada Allah,Moga doa-doa kita diangkat dan diperkenankan.Semoga Allah lindungi kita dari fitnah dajjal.Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk terus menghadapi dugaan ini.
Baca semula Ayat Al-waqiah
Apabila terjadi hari kiamat.Terjadinya tidak dapat didustakan.(kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan ( golongan yang lain).Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya.Dan gunung-gunung hancur luluhkan sehancur-hancurnya.Maka jadilah ia debu yang berterbangan.
Dan kamu menjadi tiga golongan iaitu golongan kanan (alangkah mulianya golongan kanan itu).Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.Dan orang yang paling dahulu(beriman)merekalah yang paling dahulu masuuk syurga.Mereka itulah yang dekat dengan Allah.Berada dalam syurga kenikmatan
Sayu hati ramadhan nak pergi.Meninggalkan kita semua.Entahkan ia datang kembali entahkan tidak…