Sawan Tarik di Kalangan kanak-kanak

Sawan Tarik di Kalangan kanak-kanak | Semestinya setiap sesuatu kejadian datangnya dari Allah swt yang ingin menguji kekuatan hamba Nya.Sawan Tarik di kalangan anak-anak ni bukan selalu kita dengar,jarang-jarang,tapi bila kita mendengarnya,boleh menjadikan kita takut dan fobia berhadapan dengan sawan tarik ni.Nauzubillah dan mintak dijauhkan dari kalangan kita semua.

 

Dulu aku pernah berhadapan dengan sawan tarik ni,bila satu malam tu,jiran berdekatan,tengah malam,bawa anak dia  ke rumah jiran sebelah sambil teriak.Masa tu memang kecoh sebab anak dia dah kejang.Mata dah naik ke atas,mulut dan mula mengigit..masa tu aku belum tidur lagi.Bila dah dengar kecoh-kecoh macam tu,aku keluar tengok apa yang berlaku..Masa tu aku sama dok menangis jugak,Nasib baik jiran sebelah aku ni cool,dia tolong untuk selamatkan anak tu.Masa tu dia siram air paip atas kepala,goncang-goncangkan badan sambil memasing dok panggil-panggil nama dia.Memang tegang sangat masa tu oii…bila dah tepuk-tepuk,jirus air kat kepala dia tu,barulah dia bukak mata…Nangis-nangis masa tu.Ibu dia jangan cakaplah…kalau kita sedih,dia lagi sedih kan..Lepas pada tu terus bawak ke hospital.yelah,takut jugak kena lagi sawan macam tu.Ibu bapa,termasuk aku kena tau pasal apa itu sawan tarik.Aku kongsi di entry ni hasil pembacaan aku di group whatssap ibu-ibu jugak.Meh kita ambil tahu.

 

Image result for sawan tarik pada anak

source picture : google

APA ITU SAWAN TARIK

Sawan tarik yang berlalu di sebabkan oleh suhu badan terlalu tinggi (40 celcius)ataupun suhu naik secara mendadak.Ia boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun.

 

BILA PERLU BAWA SEGERA KE HOSPITAL

  1. Kejadian sawan tarik yang PERTAMA berlaku.
  2. Sawan berlaku berterusan dan melebihi 5 minit.
  3. Anak tidak sedarkan diri selepas sawan tarikh berakhir

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEWAKTU SAWAN TARIK SEDAN BERLAKU,.

 

1.JANGAN PANIK

Cari kekuatan dalam diri untuk segera bertindak.Tindakan pantas yang dilakukan tanpa kepanikan akan membantu menyelamatkan keadaan anak kita.

 

2.PASTIKAN ANAK ANDA SELAMAT

Alihkan anak ke kawasan yang selamat.Jauhkan sebarang objek keras atau tajam yang mungkin menyebabkan kecedaraan kepada anak sewaktu sedang sawan.

 

3.POSISI MENGIRING KE KIRI

Letakkan anak pada posisi mengiring ke sebelah kiri.Pisisi ini mengelakkan daripada anak tercekik,tersedak air liur,lendir mahupun muntah yang mungkin berlaku semasa sedang sawan.

 

4.JANGAN GONCANG/PEGANG KUAT ANAK ANDA

Pegang badan anak dengan lembut untuk mengekalkan posisi mengiring tadi.Pegangan yang kuat akan mencederakan otot atau tulang anak yang sedang mengeras disebabkan sawan.

 

5.JANGAN MASUKKAN APA-APA KE DALAM MULUT ANAK

Objek lain yang dimasukkan ke dalam mulut ketika sedang sawan ada risiko untuk patah dan menyebabkan anak tercekik.

 

6.PERHATIKAN KEADAAN ANAK

Perhatikan berapa lama sawan berlaku dan bagaimana keadaan anak sewaktu sedang sawan.Ini akan membantu doktor merawat dan mencari punca sebenar anak sawan.

 

sebab tu bila anak demam,khususnya yang demam malam,aku sangat-sangat takut..Nak-nak bila tiba-tiba suhu dia naik sampai 40 celcius..yang baru 37-38 pun aku dah mula risau ,letak tuala basah,lapkan badan dia,supaya suhu tu tak terus naik.Bak kata pepatah orang lama,biar dia menangis,jangan kita yang menangis.

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

7 Comments

  1. Pengalaman Sis masa sekolah dulu, sebab berkawan dengan serorang yang sawan tarik.
    Dia tak boleh panas dan tak boleh bersukan, kesian kat dia. Pernah kena gigit dengannya masa dia kena serang, nsb baik takde tggl bekas, sbb cikgu cepat lepaskan tangan Sis..huhuhu

  2. seriau jugak kalau jadi kat anak kecil tu..huhuhu..dulu pernah ada yang kene sawan depan mata, sebelum sawan tu dia elok je bercakap n buat kerja..tetiba dia macam takleh control badan dia, then terus rebah, kejang and berbuih mulut..saya call ambulans universiti..rupanya beberapa hari sebelum tu dia masuk emergency jugak..huhuhu

  3. risau sangat kan… kesian kat budak-budak…. bagus tips ni…

  4. bahayanyaa, kena sentiasa berjaga2 kalau anak demam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *