SATU KELUARGA DIKUARANTIN SEKALI LAGI | Sekali lagi keluarga kami diuji oleh wabak covid-19 ni.Walaupun hati ni meronta nak balik, tapi apakan daya.
Bermula dari adik umi yang lelaki kena ditempat kerja.Mulanya umi adalah dengar desas desus tempat adik lelaki umi bekerja ditutup serta merta dek kerana ramai staff dibahagian pasar basah terkena covid ni.Sampailah dapat berita adik sendiri buat rtk dirumah.Adik umi whattssap bagitahu yang rtk tu samar-samar je.Dan keesokkannya management suruh semua staff SKS Bandar penawar di swab test.
Dan isterinya yang sarat mengandung 6 bulan tu buat umi risau.Nasiblah keputusan pertama swab test negatif.Umi suruh asingkan bilik.Tak kasi dia satu bilik dengan isteri dia.Suruh dia duduk dalam bilik dan biarkan isteri dia hantarkan makanan dan sebagainya di bilik.Lagi parah, adik ada datang ke rumah mak sebelum-sebelum tu.
Lagilah umi risau bila ada annak-anak saudara umi yang demam termasuk abah yang semput dan demam tu.Terus deal dengan KKM untuk buat swab test satu family.Yelah risau..Risau teramat sangat.Tapi apalah daya umi kan.Hanya mampu mendoakan dari jauh.
So, semalam semua dah selesai buat swab test.Menunggu keputusan sahaja dari KKM.Semoga semuanya dalam keadaan yang ok je.Tapi syukur alhamdulillah, bantuan tak putus-putus datang ke rumah mak.Yelah, dah satu keluarga dikuarantin sekali lagi.Dengan berasnya, gula, minyak masak dan makanan lain yang dihantar oleh orang kampung.Syukur sangat-sangat.
Dah lah umi ni lama tak balik ke kampung.Dengar pulak mak macam tu.Setiap masa dok call dan VC tanya keadaan diorang.Tak henti-henti mulut ni nasihatkan itut dan ini kat diorang.Of course umi risau.Bukan overprotected! ini covid tau.Bukan main-main.
Umi dah alami benda ni beberapa bulan yang lepas.Mungkin umi bernasib baik kerana umi hanya di stage 1 sahaja.Syukur mak mentua yang berumur 80 tahun tu masih lagi diberikan kesihatan oleh Nya.Syukur babah yang stage 2 juga kembali pulih.
Siap dah beli kelengkapan perubatan di rumah yang diperlukan macam pulse oximeter dan sebagainya.Dekat rumah mak tu ramai, sebab ada 2 adik dan seorang adik yang dah berkeluarga di situ.Jadi umi tak risau sangat sebab masih ada yang boleh tengokkan masing-masing terutama anak-anak saudara umi tu.
Doakan keluarga umi semua sihat ye.Semoga keputusan mereka negatif.Risau sangat-sangat ni.
Ya Allah! Semoga sembuh segera.. Nenek saya dan pak cik kat kampung pun tengah sakit ni…
Semoga semuanya ok… inshaAllah