Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot | Lama plan nak berkumpul adik beradik akhirnya terlaksana juga walaupun ada 2-3 orang yang tak boleh join

Jaranglah keluarga kami ni berkumpul di kedai makan.Lebih selesa kalau di rumah dan masak-masak.Keluarga ramai kan, memang gitu ler

Memandangkan keluarga umi ni besar, jadi kalau makan-makan di luar tu mungkin sedikit payah la.Lagipun ada adik beradik umi yang lebih selesa bila dapat berkumpul dan makan-makan hanya di rumah.

Kalau kat rumah mak tu jangan cakaplah,celik je mata memang terus sediakan makanan.Tempat untuk kami bersembang memang di meja makan dapur tu.Dari pagi sampailah ke makan malam.Tu  belum lagi makan tengah malam yang ringan-ringan.

Lepas makan malam selalunya mak akan buat atau suruh yang perempuan-perempuan tu sediakan air panas.Hah! tempat minum-minum kopi waktu tengah malam adalah di beranda rumah.

Tapi memandagkan dah ramai yang duduk jauh dan tak dapat join sebab kerja, jadi tak dapatlah makan-makan di luar.

Kebetulan masa tu planning dengan adik yang bakal nak balik sebab mereka pun memang lama dah tak balik kampung, nak bawak mak ayah makan steamboat kat luar tu.Kebetulan birthday cik mamat a.k.a adik umi yang bujang tu.Bujang untuk tahun ni, tahun depan insyallah kalau takde aral melintang kahwinlah cik mamat tu.

So, umi siap booking untuk keluarga di Bucida Garden Bbq dan Steamboat di Seri Alam.Lepas maghrib terus kami ke sana.Sebelum tu adik-adik memang dah berkumpul dekat rumah.

Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

gambar : google

Umi tak sempatlah nak snap gambo makanan dan semua menu yang ada di kedai tu disebabkan ramai orang dan juga anak-anak yang perlu umi pantau ni.Dapat pulak meja betul-betul tepi jalan.Kereta lalu lintas buat umi seriau ye.

Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

Siapa yang pernah pergi tu memang taulah keadaan di sana.Kat sini macam-macam jenis makanan korang boleh pilih.Umi just ambil makanan dan bakar-bakar untuk anak-anak ni sambil layan live buskin yang ada kat situ.

Korang yang nak suruh diorang nyanyikan lagu birthday pun boleh.Disebabkan cik mamat dah warning awal-awal jangan mention nama dia kat penyanyi tu, kenalah akur.Macam tau-tau je orang nak sambut birthday dia kan.

Orang memang ramai kat situ, jadi korang yang nak makan kat situ patuhilah SOP yang ditetapkan ye.Nak ambil makanan tu pakailah mask.Bila orang dah ramai umi pulak rasa seriau.

Kerja umi memang membako jelah untuk anak-anak.Lepas tu ambilkan makanan untuk anak-anak.Sampai tak sempat nak menikmati sepuas-puasnya makanan kat situ..hahah.

Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

Meja yang tak pernah suruh dengan pinggan makanan 😛 3 meja tu memang tak berhenti ambil makanan tau.Haduii..Memang betul-betul balas dendam bebudak ni.Nasib baiklah bawak kaki makan.Memang bestlah.

Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

Dalam gambar ni, umilah kakak kepada diorang ni.Haishh tua aku..hahaha.Ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni.Yang tengah tu birthday boy dengan mami dia.

Dengan anak dara umi ni hah! merajuk tak tau apa yang dia nak.Lepas puas dah makan-makan kami beredar lah awal sebab adik nak terus balik ke kampung dengan mak ayah.

Ni entah bila dapat berjumpa dengan diorang lagi.Jumpa video call jelah selalunya pun.

Oh ya..Untuk korang yang nak makan di Bucida Garden BBQ & Steamboat ni umi senaraikan harga untuk rujukan korang ye.

HARGA MAKANAN DI BUCIDA GARDEN BBQ & STEAMBOAT

Dewasa : Rm26

Kanak-Kanak : RM13 (7-12 tahun)

Warga Emas : RM13 ( 60 tahun ke atas)

Bagi umi berbaloi sangatlah kalau makan kat sini.Kuah pun dia bagi dua iaitu sup dan tomyam.

Umi yang bawak ramai ni rasa berbaloilah dengan harga.Makanan pun banyak dan tak pernah surut tau.

Umi sertakan juga alamat dan maps untuk korang.Bucida ni ada cawangan lain di Kota Tinggi ye.

Alamat 

No.25 Jalan Suria 6 , Bandar Seri Alam Masai

boleh je kalau korang nak buat tempahan.Itu lagi baik sebab takut kang korang datang jauh-jauh fully booked pulak kan.

 

Hah..terima kasih kerana membaca entry : Sambutan Birthday di Bucida Garden Bbq & Steambot

Loading

5 Comments

  1. happy birthday buat cik mamat..
    bestnya steamboat..rindu giler nak steamboat!

  2. Lama tak makan steamboat kat Bucida ni laaa…
    Ni dah boleh makan ingat nak pi lerr ajak family… tapi tengah C19 ni ngeri plak…

  3. Author

    ni pun fikir nak repeat lagi..Tapi tulah, risau jugak sekarang ni kes makin naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *