sambal n style cafe

Sambal n Style Cafe nampak Macam Cafe Mahal, tapi sebenarnya

Sambal n Style Cafe nampak Macam Cafe Mahal, tapi sebenarnya |Nampak macam cafe mahal, tapi korang patut cuba tau.Sebab apa korang kena cuba.Jom baca entry seterusnya

Masih lagi bercerita pasal percutian umi masa di Melaka hari tu.Haishh…Nak habiskan by part ni ambil masa juga sebab penyakit M selalu sangat nak menyinggah.Gambar bersepah dalam folder belum umi kemaskini lagi.

Baca juga [ Makan malam di The Street Kitchen Melaka ]

Tak payah lah umi nak ulang lagi percutian yang biasa-biasa ni, cuma apa yang umi nak cerita tentang sepanjang umi di sana, kat mana umi pergi dan yang penting port cari makan murah di Melaka yang boleh korang terjah bila ke sana.

Last day di Melaka, kami bercadang check out awal untuk cari breakfast dan terus balik ke Johor.Disebabkan malam sebelum tu, kami dinner di Hotel je menggunakan jasa baik Foodpanda untuk order makan malam kami, terus rasa nak makan lagi tempat makan yang kami order malam tu.

Sebab malam tu kami order ape ntah umi tak berapa nak ingat, tapi semuanya sedap.Babah kata, why not esok kita cari tempat ni lagi.So, waze ler umi ke arah Sambal n Style Cafe & Boutique.

sambal n style melaka

1st impression umi bila nampak cafe ni, mesti mahal kan? Nak masuk ke babah? Tanya banyak kali jugaklah sebab Cafe ni nampak exclusive sangat tau.

Bila masuk tu, nampak la pekerja India di kaunter.Dah risau masa tu sebab ingatkan restoran tu tak halal ke apa.Tapi untuk mengelakkan makan dengan was-was, maka babah bertanya kepada cashier situ.Rupanya Cafe ni dimiliki oleh Suhaimi Sulaiman.Kalau tak kenal Suhaimi sulaiman korang boleh google ye.Dia pembaca berita di TV3 dulu.Dan pernah terbitkan buku I hate Reading The Teleprompter.

Suasana Cafe ni memang best giler weh!! Masa kami masuk tu, takde orang lain pun sebab mybe pagi lagi kot.Kami masuk dalam pukul 10 pagi gitu.

Umi dah memang jatuh cinta dengan suasana Cafe tu,Bukan sahaja korang boleh makan, korang boleh jugak stay kat  Hostel situ dan shopping souviner dalam Cafe ni.Bab Hostel umi tak taulah berapa untuk semalam.

Jom tengok suasana Cafe ni sementara menunggu makanan dihidangkan.

sambal n style melaka

sambal n style melaka

sambal n style melaka

sambal n style melaka

 

SAMBAL N STYLE CAFE & BOUTIQUE

Sambal & Style nampak Macam Cafe Mahal, tapi sebenarnya murah je.Yelah, tengok pada korang makan apelah kan.But pada umi sangat-sangat affordable makan kat situ.Nak tengok apa yang kami order untuk kami berempat?

sambal n style melaka

Babah order Nasi Goreng tak silap umi..Lupa dah..Sedap!!!

sambal n style melaka

Nasi lemak ni pun sedap jugak.Cukup rasa pada nasi dan juga sambal ye.Menu untuk budak dua orang tu

sambal n style melaka

Mee hoon ni pulak untuk umi..Saja nak makan mee pagi tu.So, inilah pilihan umi.

sambal n style melaka

Extra Roti bakar untuk budak duorang tu.Oh ya..Umi ada Add on ayam goreng.Entah mana gambonya hilang.

Minuman pun umi lupa nak snap.Babah dan umi macam biasa Nes dan budak berdua tu Milo Ais..Pepagi dah ngadap ais bebudak dua orang tu.

Overall rasa makanan tu memang umi boleh recommend kat korang la.Ada lagi yang special bila ke sini adalah minuman Bunga Telang,Tapi umi tak sempat nak mencubanya.Next time mungkin..heheheh.

Korang yang kesini, atau berada di kawasan Bandar ni, Kira berhampiran je dengan Sungai Melaka dan juga The Shore.Memang area situ je, Lagi pun senang je nak jumpa Cafe Sambal n Style ni.Meh umi bagi address kat korang yang teringin nak terjah ye.

Sambal  n Style Cafe & Boutique Melaka

170, Jalan Bunga Raya Pantai, Pengkalan Rama, 75100 Melaka

WAKTU OPERASI : 10.00 pagi – 9.30 malam

Boleh follow socmd Sambal n style di bawah ni ye

Website : https://sleepherehostel.com/

Instagram : https://instagram.com/sambalstylesleep

Facebook : https://facebook.com/sambalstylesleep

Ataupun korang yang menginap di area sini, malas nak keluar, boleh terus order dengan Foodpanda.Insyallah cepat sampainya..

Related Posts

4 thoughts on “Sambal n Style Cafe nampak Macam Cafe Mahal, tapi sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *