Sambal Belacan Memang Menambah Selera

Sambal Belacan Memang Menambah Selera.Nasi kat pinggan tu sedar-sedar boleh bertambah kalau tak disekat.Cukuplah bila ada sambal belacan.

Lama tak cerita pasal menu masak-masak ni kan.Dulu masa umi bekerja kemain rajin lagi dok up cerita menu masak-masak ni.Bila dah duduk rupa rupanya kemain busy mengalahkan ape pulak.

Bukan mengeluh jadi suri rumahtangga sepenuhnya, seronok sangat-sangat.Nak-nak bila anak dah bersekolah ni, memang kebizian tu ada,Rutin hantar anak pagi-pagi tu kadang kala buat umi kelam kabut jugaklah.Sebab pagi umi hantar si kakak dahulu barulah kemudiannya hantar si adik.

Pukul 11 pulak umi ambil adik dari sekolah dan pukul 12.30 si kakak.Hah, nanti pukul 1.30 hantar kakak ke sekolah agama dan balik pukul 5.30 petang.

Kalau sekolah kebangsaan tu takpe lagilah sebab dekat, tapi disebabkan sekolah agama berhampiran di Kampung pasir putih, jadi jauhlah sikit dari rumah.Sebab tu umi tak sabar nak tunggu adik darjah satu, boleh sekali hantar dan ambil saing dengan kakak.

Dan selalunya bila waktu pagi umi sediakan sarapan ringan untuk budak-budak ni, umi akan pastikan umi memasak sebelum kakak balik sekolah.Kalau pagi dah berat, umi masaklah petang sikit.Tu pun masak sikit je sebab babah bila balik kerja dia dah tak makan malam.

Biasalah kan rutin suri rumah, semuanya sama.Yang penting kita happy apa yang kita buat.Hah..cerita pasal menu makanan ni, kalau dah ada sambal belacan memang dah mencukupi umi rasa.Sebab tu bila buat  umi akan buat lebih dan simpan sikit.Nanti kalau tetiba nak makan tu ada dah dalam peti ais.Itu baru kena dengan tekak.

Hah kalau korang nak tahu,a da 5 jenis sambal ni wajiib buat stock kat rumah..Confirm berbaloi tau.hahahah..Yelah, kadang apa yang kita masak tu tak menepati citarasa tekak kita dan menepati citarasa tekak anak-anak.Anak tak suka pedas, tapi tekak kita pulak suka yang pedas-pedas.Jadi nak jadikan penyedap tekak, sambal-sambal macam nilah jadi penyedap rasa kita.betul tak?

Menu hari ni, sotong hitam, peria telur, isi ayam goreng, ikan goreng dan kacang botol.Hah yang ni nasi kena sikit, sayur tu biar banyak.Ikan goreng mesti ada boleh cicah dengan sambal belacan.Memang kalau tak control, boleh bertambah nasi.

Tapi sejak-sejak ni nasi umi kurangkan.Duduk rumah ni makin ngeri pulak,.Tak pasal-pasal kang badan naik.Dah ler exercise kurang.Penyakti memang dah sedia ada tu lagi bahaya kan.

Macam dah lama pulak tak briswalk kat tasik..Entah bila nak start semula…hahahha

 

 

1 Comment

  1. banyak tu lauk dia. ikan goreng cicah sambal belacan memang padu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.