SALES 11.11 DIMANA-MANA DAH TERJEBAK KE BELUM?

SALES 11.11 DIMANA-MANA DAH TERJEBAK KE BELUM? Umi setakat ni belum lagi.Masih tak tau lagi apa yang nak dibeli.Plan sebenarnya nak beli oven, tapi memandangkan ada keperluan lain lagi yang perlu di dahulukan, maka kita simpanlah pada sales 12.12.

Oklah jugak kan tu.Bila tengok sales yang diorang buat tu, amboiii… kemain lagi ek diskaun sampai 90%.Itu yang rasa alahai..ruginya kalau tak membeli.

Platform Online Shopping mana yang menjadi pilihan korang.Umi tau kalau tak Lazada, mesti Shopee kan.And mostly mestilah korang suka Shopee kan?

Actually pada pandangan umi, umi memang suka shopping secara online di Shopee berbanding platform lain.Tak taulah kenapa tapi umi suka.Tapi…hah!! ada juga tapinya tu, tengok juga barang apa yang umi nak beli.Dan perlulah survey pada setiap harga dan barangan yang kita nak tu.Tak boleh main redah je membeli.Kang jadi macam ada sesetengah pelanggan yang terima barang diluar jangkaannya.

Kononnya yang difikirkan besar, tapi bila sampai depan mata, kecil yakmat rupanya.Hah..sebab tu kena ambil tahu juga tips bagaimana kita nak shopping secara online ni.Tak boleh redah gitu je deknon, kang kalau seller hantar barang salah, dan ler mengamuk padahal tak check betul-betul ukuran yang patut diterima.Dan ada jugalah salah seller sebab tak berikan maklumat yang betul.

Umi pernah share tips beli barang di Shopee.Mungkin tips ni korang juga boleh gunakan untuk shopping online yang lain.Tapi takpe, kalau korang malas nak klik entry lain, umi share semula di entry ni ye.

TIPS BELI BARANGAN DI SECARA ONLINE

CARI BARANG YANG DIPERLUKAN MEGIKUT HARGA
Kat Shopee ni, kita tau, ramai peniaga yang menjual barangan yang sama.Oleh itu, kita kena pandai cari harga yang berpatutan.Yang rasa ianya berpadanan dengan harga produk yang kita nak.Yang penting kena pandai bandingkan harga.

LIHAT MEASUREMENT DENGAN BETUL
Ye..Wajib tengok keadaan barang tu.Kena tengok betul-betul measurement barang tu samada saiz yang kita nak tu betul atau tidak.Selalunya bila tengok gambar kita dah terjatuh cinta kan.Contohnya kita nampak bag tu besar dan padan dengan kita.Tapi kita lupa nak tengok saiz bag tu.Bila sampai rupanya beg tu kecik cenonet je.( Umi pernah je ada pengalaman macam tu ?

MASA PENGHANTARAN
Dekat shopee ni kekadang seller Malaysia yang dah ada ready stock.Dan ada yang diorang kena order dari supplier luar.So, kena tengok la samada barang yang korang nak beli tu, antara barang yang dah ready stock kat Malaysia ataupun Oversea.Sebab taknak korang meroyan kat seller sebab lambat sampai.Kena tau dan pastikan barang tu akan dihantar dari mana?Faham tak.Umi ada tunjukkan macam mana kita nak tau barang tu dari Malaysia atau oversea ye

SALES 11.11 DIMANA-MANA DAH TERJEBAK KE BELUM?

Ni contoh barang yang dari Malaysia.Korang kena baca description tu.Jangan malas ok..

Yang ni barang dari Luar Negara.Mostly dari China la kan.Boleh tengok kat shipping tu.Umi ada highlight barang tu dari oversea.

CHAT DENGAN SELLER
kalau boleh korang chat lah dengan seller kalau korang tak pasti keadaan barang yang korang nak beli tu.Ada je seller yang boleh melayan korang.Kalau tak puas hati dengan seller tu, mungkin korang boleh cari seller lain yang jual barang yang korang nak tu.

LIHAT KOMEN
Ini yang paling umi buat bagi memastikan korang puas hati dengan barangan yang korang nak beli.Seriously, umi akan ambil masa yang lama untuk tengok komen je tau.Nak² yang sekali dengan gambar.Sebab tu umi syorkan bila kita beli sesuatu barangan di Shopee, bila dah terima barang, korang rajin-rajinlah bagi rating dan juga komen gambar barangan yang korang dapat.Jadi boleh la bantu pelanggan lain untuk memastikan barangan yang mereka beli tu mengikut apa yang diorang nak ke tak.

SALES 11.11 DIMANA-MANA DAH TERJEBAK KE BELUM?

Hah..itulah tips macam mana korang nak shopping online.So, kalau ada tips lain yang korang nak tambah, meh la umi mengalu-alukan supaya memudahkan semua pihak.

So, sales 11.11 dimana-mana dah terjebak ke belum? seperti yang umi katakan tadi, belum lagi setakat ni..hahahah

Loading

1 Comment

  1. Terjebak jugak tapi bukan lazada atau shopee..hihi..
    Kat shopee tu okaylah kalau seller jenis okay boleh bawak bincang dan senang berurusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *