Sales 11.11 Apa Yang korang dah Beli

Sales 11.11 Apa Yang korang dah Beli

Sales 11.11 Apa Yang korang dah Beli | Kemain rancak dengan Sales 11.11 sekarang ni kan? Mana-mana shopping Mall dan online shopping sedang buat Sales.

So, apa yang korang dah beli sepanjang Sales 11.11 semalam.Sibuk je kan umi nko ni nak tahu orang beli apa.Saja je suka-suka nak tengok respon korang tu.Umi pun survey je tapi tak membeli.Tengah kumpul duit ni nk beli banglo.Tapi tak kecukupan sajo 🙂 🙂

Online shopping pun ada buat pre sales sebelum tarikh 11.11 lagi.Contohnya online shopping PG Mall yang sebelum tarikh 11.11 lagi diorang dah buat Pre-sales untuk brand-brand tertentu.

Umi terpengaruh ke tidak dengan Sales 11.11 ni? Buat masa ni belum terpengaruh sebab umi takde nak cari apa-apa yang umi perlukan.Tunggulah nanti 12.12 pulak sales kan?:)

Actually umi nak cari mop yang baru-baru ni baru je arwah.Dari tak boleh nak letak air sampailah patah dua umi kerjakan..hahaha..Nampak sangat ler umi nko ni kejenya mengemop je.

Sampai si kakak pun komplen umi tak sudah-sudah mengemas.Biasalah umi memang pantang kalau tengok mosaic tu bercorak-corak dengan makanan dan habuk.

Mosaic rumah ni memang nampak sangat lah kotornya.Tu yang umi rasa tak senang duduk bila nampak atau terpijak sesuatu kat tapak kaki ni.

Umi ingat nak cari lagi Microfibre Cleaning Spray Mop tu lagi.Sebab umi rasa best guna tu.Umi beli microfibre cleaning Spray Mop tu tahun 2017 masa sales kat Lazada seingat umi.

Dah cukuplah 3 tahun dia berjasa.Itu pun dah puas kena baling sana sini dek budak berdua tu.Kalau terlebih rajin kemahin masing-masing.Kalau tak dibantai-bantai mop umi tu.Dah arwah dah dia..

So, korang dah berapa banyak membeli sempena sales 11.11 tu..hahaha..Ke masih lagi selamat duit di dalam poket tu.

Apa pun tak kiralah kan sales atau tidak, janji kita bijak membeli.Apa yang tak perlu kita abaikan.Dengan ekonomi sekarang yang tidak menentu.Dengan cuti sekolah yang begitu panjang dan memerlukan banyak duit untuk membeli makanan di rumah sebab masa mereka di rumah lagi panjang.Apa je mereka nak buat selain dari makan.

Nak order Tesco online pun asyik fully booked je ni.Nak keluar memang malas dah ni.Kita order kedai aceh jelah..hahahha

Loading

5 Comments

  1. Beli ink printer dengan stationery je bg hadiah kat anak buah yang jauh. Free delivery rasa macam rugi pula tak shopping. Hihi

  2. Sempatlah beli seluar dalam, baju dalam sebelum 11.11, then apalagi, reward beli tupperware ;laaa hahahahaha…

  3. Author

    teringat ink printer kat rumah pun dah habis..nak pi survey la…hahha

  4. Tak shopping apa² pun kak. perati dok tepi je. hehe

  5. tak beli apa sangat pun, beli periuk je sebab dah rosak haritu. Rumah memang kena selalu mop tambah kalau ramai orang. Mop hari2 pun air hitam jugak haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *