Salam Maulidur Rasul 1445H/2023

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023 tahun ini disambut pada 12 Rabiulawal (28 September 2023) dan merupakan cuti umum di semua negeri di Malaysia.Maulidur Rasul merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T

Dan tahun ini kita menyambutnya pada 28 September pada hari khamis.Semoga hari esok kita dapat memperbanyakkan selawat  dan pujian ke atas Rasulullah SAW.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56)

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023

Jom rebut peluang untuk berpuasa di hari Maulidur Rasul kerana telah diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.

(Riwayat Muslim)
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut.

salam maulidur rasul 

Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.

Jangan lupa untuk perbanyakkan selawat ke atas rasul ye.Semoga bermanfaat untuk korang semua

selawat-nabi

Untuk korang Salam Maulidur Rasul 1445H/2023

Loading

One thought on “Salam Maulidur Rasul 1445H/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *