SALAM MAALHIJRAH 1444H/2022 DAN SALAM AWAL MUHARRAM | Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) dalam kalangan makhluk-makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
TEMA MAAL HIJRAH TAHUN 1444H/2022
Tema Maal Hijrah bagi tahun 2022 / 1444H adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN
Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1444H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya.
Berikut adalah Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah
- Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 (Jumaat).
- Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022 (Jumaat).
Doa akhir tahun
Doa awal tahun
Baca juga : doa awal tahun dan akhir tahun
Semoga dengan kehadiran tahun baru memberikan sinar kebahagian, diberikan kesihatan yang baik, diberikan peluang dan ruang untuk jadi yang lebih baik.Insyallah..amin