Salam Maal Hijrah 1445h

SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023

Salam Maal Hijrah 1445H/2023. Bagi umat Islam, Hari Awal Muharram, juga dikenali sebagai Maal Hijrah, adalah hari yang sangat penting.Ia menunjukkan bahawa terdapat peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Maal Hijrah ini ialah hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Madinah ke Kota Makkah pada tahun 622 Masihi.Ianya berlaku pada 1 Muharram iaitu hari pertama  Takwim Hijrah.

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah, juga dikenali sebagai awal muharrram, adalah hari yang sangat dihormati oleh umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah agama itu.

Hari Maal Hijrah, juga dikenali sebagai awal muharram di Malaysia, adalah hari cuti umi dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. Ia juga merupakan hari keagamaan di mana orang Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Ia juga memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada bulan muharram iaitu

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARRAM

1 Muharam

Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam

Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa-peristiwa berikut :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/ TAHUN 2023

Sambutan Maal Hijrah 2023 adalah pada hari rabu, 19 Julai 2023.Pada tahun ini tema untuk sambutan Maal hijrah ialah ” Perpaduan  Teras Malaysia Madani”

Pada bulan Muharram ni kita dapat merebut seribu satu keberkatan jika kita tahu menghargai dan menilai kelebihan yang ada pada bulan Muharram ni.

AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN PADA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dibawah ini ialah antara amalan-amalan yang perlu kita lakukan pada akhir tahun dan 1 muharram 

1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)

2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam

“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

jom kita baca doa akhir tahun dan awal tahun

Doa Akhir Tahun 

DOA AKHIR TAHUN

4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Doa Awal Tahun 

DOA AWAL TAHUN

5. Qiamullail:

a) Bersolat sunat – Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.

b) Membaca Al-Quran.

c) Berzikir.

6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

7. Doa Awal Muharam

Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:

a. Doa Pertama:

Doa Awal Muharram

 

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

ATAU boleh juga di baca;

b. Doa Kedua:

“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”

Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *