Sakit menjelangnya menstruasi/Haid

Assalamualaikum
Para wanita diluar sana,Adakah korang mengalami sakit atau senggugut bila tibanya menstruasi atau haid
Adakah korang jugak seperti aku yang mengalami senggugut.
period pain
ihsan google
Selepas kawen nie senggugut aku makin menjadi-jadi..Kalau boleh nak terguling-guling je dekat atas katil.
Tapi aku malas layan sangat sebab kalau layan penyakit nie ,makin teruk pulak..Jumpa Doktor??? itu paling aku takut..Bukannya dulu aku tak pernah jumpa doktor..selalu sangat..maklumlah dulu ada pengalaman menjadi pesakit jantung berlubang..mesti korang tak tau kan..hehehe..malas cite.
Agak-agak ape korang lakukan bila berhadapan dengan perkara nie..Aku ada terbaca sedikit info tentang cara mengurangkan sakit semasa menstruasi.
ihsan google
caranya ialah
1)Teknik botol ajaib /tungku elektrik
-dulu aku pernah diajar untuk bertungku time period pain nie..Memang lega rasanya..Perut pun jadi hangat je..atau sekarang nie dah zaman serba canggih..ada tungku elektrik
 
ihsan google
2) Urutan
-Urutan juga boleh melegakan sakit.Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut / abdomen secara perlahan.
3)Sukan/Riadah
-Wanita yang dalam keadaan senggugut pun boleh melakukan senaman dan beriadah..Dari situ kita boleh juga melegakan kesakitan dan melupakan kesakitan tu.Ia juga melancarkan aliran pada otot sekitar rahim
ihsan google
4) Ubat Tradisional
-Kalau cara kat atas nie tak berkesan jugak,mungkin korang perlu cuba perubatan tradisional pulak.
Mane tau berhasil..Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan / soka, daun hia / baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.
ihsan google
5) Berjumpa Doktor
-Bila dah tak berjaya untuk menghilangkan period pain nie.Perlulah korang berjumpa dengan doktor..Adoyaii…bab nie aku takut..Kerana mungkin ianya berpunca dari hormon dalam badan kita,
 Selain gangguan utama, ada juga gangguan menengah. Gangguan menengah dialami oleh wanita yang biasanya tidak mengalami gangguan utama. Biasanya gangguan tersebut berhubungan dengan gangguan ginekologis seperti endometriosis, penyempitan serviks, malposisi uterus, penyakit radang pelvis maupun ketumbuhan di panggul. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gangguan seperti ini, anda diharuskan berjumpa doktor pakar untuk merawat kesakitan anda.
6)Diet Sihat
-Bila bercerita pasal diet,mungkin korang ada yang tak suka kan..Perlunya kita memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak serta minum air kosong banyak-banyak.Cuba untuk mengesan makanan apa yang menjadi punca kesakitan tersebut..Mybe aku banyak makan mee kuning kot.
Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan)
ihsan google
7)Ambil Pil Tambahan kesihatan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 tambahan boleh mengurangkan rasa senggugut. [1] Zink dan kalsium telah didapati mengurangkan kekejangan, kembung dan PMS. [2] Kalsium dan magnesium mengurangkan kesakitan otot, tetapi perlu diambil untuk 2-3 bulan setiap hari sebelum mendapat kesan yang ketara.
macam xde kena mengena jerk..hihihi..ihsan google
8)Elakkan pengambilan kopi dan alkohol..
-Kopi dan alkohol boleh membuatkan perut korang kekejangan dan bertambah teruk.
***aku baru ambil coffea pagi tadi..patut sakit
ihsan google
Aku nak cuba untuk praktikkan dari no 1 dan seterusnya..Tapi bab jumpa doktor aku ulangi sekali lagi.aku takut…hadoiii..
info :sini

18 Comments

  1. hum kita penah je guling2
    last2 nye tetido sebab letih sakit
    langsung tak makan sehari

  2. no.1 dan 3 tu selalu buat.. kena aktif bersenam bagi darah dalam badan berjalan lancar..

  3. dulu sebelum kawin sentiasa senggugut, sejak beranak ni.. hilang senggugut nya kak…

  4. Alhamdulillah ika jarang sengugut..cuma sakit pinggang sikit..hihihi

  5. Alhamdulillah..so far kita ok aje..

  6. Tak penah rasa so tatau laa cammana..tapi yang tau perempuan kalau dah period pain memang seeloknya jangan kacau..hehe

    Regards,
    -Strider-

  7. Salah satu dugaan hebat yang Allah berikan kepada mereka yang bergelar wanita…

  8. Assalamualaikum.

    Saya baru mengamalkan EPO dalam 2-3 bulan dan alhamdulillah sejak tu saya dah tak period pain dah. Kalau tak memang berguling juga. Huhu

  9. tak pernah alami senggut teruk sekadar sakit2 pinggang gitu je… mgkin petua tradisional lbih berkesan kot..sbb kurg risiko pnyakit lain…

  10. V tahan je biasanya.. Tak pernah guling2 lagi. Entah dah kawen nanti mcm mana la. Hihii.

  11. ohh cm tu baru tahu..at least boleh ambil sebagai persedia isteri acik nanti

  12. nasib baik kathy tak merasainya sis.syukur sangat2…

  13. Assalamualaikum kak . ain senggugut akan guling-guling . tak larat nak bangun untuk buat kerja dalam satu hari tu . . selera makan akan kurang . .ain pernah jumpa doc . . doc pun nasihatkan . jangan minum teh and kopi .. tu yang pagi-pagi minum air suam je . .

  14. Err saya belum prnah rasa lagi :).. tp wife pernahlah.. satu hari x boleh buat kerja, alhamdulillah skrng dah kurang, lama juga dh tiada… jngn biasakan makan/minum yg berangin atau ada unsur2 sejuk.. boleh makan tp jngn terlalu bnyak. Itu dari pengalaman kamilah, yg lain sy x pasti..

  15. Ika pun alami PMS yang sangat teruk, sakit tahap memang lemah longlai.
    Terbaring tak mampu bangun atau buat apa-apa, kadang-kadang tuam perut, tak pun urut laa, setakat ni tak berani ambil apa-apa ubat atau cuba ubat tradisional etc
    riadah, bersukan? memang tak mampu buat. sakit yang amat huhu

  16. kenit pernah kene senggugut teruk masa zaman anak dara dulu. Nak tau apa kenit buat? kenit tekap ngan seterika panas atas tuala lama2 pastu tekap atas perut. Aaaahhhh…lega cek! hahaha.

  17. Tahu petua baru hari ni. huhi

Leave a Reply

Your email address will not be published.