Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru

Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru

Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru | Mempunyai kelainan pada setiap tahun baru apabila korang menikmati makan besar sempena tahun baru pada tahun ini.

Pertama kalinya umi menikmati Yee sang dengan disajikan bersama dengan abalone.Dan pertama kalinya umi mencuba abalone di Renaissance Hotel Johor Bahru sempena The Year of the Tiger 2022 with roaring culinary treats.

Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru

Hah!! mengaum sajian mereka kali ni kan? Bukan itu sahaja, apabila korang menempah menu dari Chef Table korang dapatlah menikmati Abundance Treasure Pot Poon Choi yang akan memikat selera makan malam korang di restoran mahupun untuk di bawa pulang.Selain buffet dinner yang biasa, menu dari Wan Li Chinese Restaurants ni pun sesuatu yang perlu korang cuba okeh! Tak menyesal punya..hahah

Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru

ini antara menu yang disajikan pada malam kami diraikan untuk makan besar pada malam tu.

Gambar 1 – Prosperity Abalone Yee sang Served with Crispy Shredded Treasures and plum dressing.Bila makan tu terasa masam, manis buah tu memang kena dengan tekak umi.Umi sampai dua kali tambah uii..Ni menulis pun terasa lagi kesedapan Yee sang abalone di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor ni.

Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru

Ini ialah Double -boiled Morels mushroom soup with Conpoy and free range chicken.Nak makan sup ni kena panas-panas.Tak boleh tangguh-tangguh.Sampai je sup ni memang kena terus makan.Barulah sedap nak makan sup kan.Pertama kali umi makan conpoy tu.Not bad rasa dia

Gambar 2 – Abundance Treasure port – Hah!! ni seronok tau.Bukan nampak udang je sebesar tu, malah korang kenalah korek sampai kebawah dan korang akan dapat dalam tu ada ten head abalone,sea cucumber, chinese mushroom, fish maw, money bag, goose feet, dried oysters, prawn, bbq chicken, roasted duck, black moss,radish, tianjin cabbage, louts root, broccoli, golden garlic, chicken essence sauce.Banyak kan?.Sebab tu dipanggil treasure port..hahaha..

Gambar 3- Jangan pelik tengok gambar ni sebab menu Chinese style Risotto with braised Abalone, mixed mushroom and vegetables ni sangat unik tau.Kalau melayu bolehlah nampak macam kuew tiaw lagna kan, tapi ni nasi.Masa hidangan tu tercari-cari jugak menu nasi, rupanya ini nama dia.Tapi kenapa nasi goreng berkuah kan? Hah!! sebab tu korang kena rasa menu ni.Nampak pelik tapi sedap uolsss!!

Gambar 4- Authentic steamed Pontian promfert fish with fragrant mixed garlic.Rasa bawang putih dan juga daun ketumbar, rasa sedikit pedas tu memang kena dengan ikan tu.Kenapa ada nama pontian? Sebab ikan tu dari pontian la..hahahha..

Ok menu seterusnya adalah menu pencuci mulut iaitu Chilled Lemongrass Jelly with aloe vera and fresh passsion fruits.Makan jelly serai sejuk-sejuk ada memang sedap.ada rasa masam dan manis memang sedap tau.

Dan menu pencuci mulut yang terakhir bagi mengakhiri makan besar sempena hari raya china, korang boleh merasai Baked homemade Nian Gao woht Honey Glaze.Nasiblah perut umi dah macam nak pecah malam tu, kalau tak dah lama umi habiskan sepinggan tau.Sajian Abalone Yee sang tahun ni memang sangat berbeza tau dari tahun-tahun lainnya.

Tapi, sebenarnya banyak lagi set menu yang korang boleh pilih untuk makan besar korang tu, kalau korang tak tau menu apa yang korang nak pilih, boleh tengok pilihan menu lain dibawah di link ni – https://bit.ly/RenJBCNY2022

Dibawah ni pulak harga untuk Prosperity Yee sang yang korang boleh pilih.

 

PROSPERITY YEE SANG

Abalone

Large Rm188 nett   | Small RM138 nett

Crispy Fish Chicken

Large RM138 nett   | Small RM98 nett

Crispy Soft Shell Crab

Large RM128 nett   | Small RM98 nett

Salmon Fillet

Large RM128 nett   | Small RM98 nett

 

Abundance Treasure Port ( Poon Choi)

Larger (10 persons portion) RM938 nett

Small (5 persons portion) RM498 nett

 

🥢 𝗖𝗡𝗬 𝗥𝗘𝗨𝗡𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 | 𝟯𝟭 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟮
🕰️ Session 1 : 5pm to 7pm
🕰️ Session 2 : 8pm to 10pm

📲 https://wa.me/60127719056
🔗 https://bit.ly/TableAppWanLi
🌐 www.wanlichineserestaurant.com
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #marriottbonvoydining

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.