Safi Shayla Botanical Silk Tanpa Paraben dan Wangi

Safi Shayla Botanical Silk Tanpa Paraben dan Wangi | siapa yang suka pakai produk Safi Malaysia kena baca entry ni sampai habis ye.

Baru-baru ni umi dah cuba satu produk dari Safi Malaysia iaitu Syampu Safi Shayla Botonical Silk.Botol bewarna hijau ni, kalau korang bukak penutupnya memang bau harum semerbak tau.Umi shampoo rambut dua hari sekali.Kadang tu masuk 3 hari baru shampoo.Kalau dah 3 hari rasa tak selesa sangat sebab rambut umi jenis berminyak dan kulit kepala jenis kering pulak tu.Cepat je kelumumur ni datang.

Mulalah menggaru bagai nak rak.Tapi bila pakai syampu ni, 3 hari tu masih bau wangi lagi.Jaranglah umi ni tak syampu sampai tiga hari.Kadang-kadang je.Kalau ikut hati nak syampu hari-hari.Tapi kang terlebih sihat rambut susah pulak..hahaha.. Mesti ramai yang tertanya-tanya kan apa yang bestnya bila pakai produk ni? Meh umi nak cerita

Kenapa memilih Safi Shayla Botanical Silk 

Untuk mereka yang bertudung macam umi ni, mesti nakkan syampu yang wangiannya kekal dan rambut lebih lembutkan? Of course itu jugak sebahagian dari kriteria yang umi nakkan pada sesebuah syampu tau.Bila korang guna syampu ni, macam yang umi cakapkan tadi, 3 hari pun masih kekal wangian dia sampai ke anak tudung.Ko ghasee?

SAFI SHAYLA BOTONICAL SILK1

Plus, terdapat 3 bahan  yang boleh membuatkan rambut korang sihat dan nampak lembut bak sutera..Antara bahan yang ada dalam Safi Shayla Botanical Silk ni adalah :-

 ➡ Organik Habbatus Sauda

Organik Habbatus Sauda yang terdapat di dalam Syampu Shayla Botanical Silk ni memberikan sumber nutrien yang kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala walaupun kita bertudung
Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.

 ➡ Minyak Argan
Minyak Argan membuat rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik

➡ Rose Oil
Rose Oil dapat mengembalikan kelembapan & lipid semulajadi untuk rambut yang kusam dan tidak teratur untuk rambut kilau halus.

Dan antara bahan lain selain dari bahan di atas dalam safi Shayla Botanical Silk ni

➡ Charmomile Oil
Chamomile oil ni sangat bagus untuk korang yang ada masalah rambut yang rapuh dan mampu menyihatkan dan menguatkan rambut korang.

➡ Sunflower Oil
Minyak bunga matahari banyak digunakan oleh jenama syampu yang lain juga kerana ianya sangat bermanfaat untuk rambut yang kering dan kusam

 

Dan yang penting ia di formulasikan dengan 100% botanical aktif dan TIADA PARABEN  okeh.Kaya juga dengan nutrien dari akar sehingga ke hujung rambut membuatkan rambut lebih kuat dan wangiannya kekal sehingga 48 jam.

Selain dari tu, campuran sutera Botanikal dengan Lipid Layer Enhancer dapat membantu mengekalkan lagi kelembapan rambut.Jadi rambut semakin kuat dan buat rambut lebih halus dan senang untuk diurus.

Untuk Safi Shayla Botanical Silk ni didatangkan dengan 3 jenis iaitu 

  • Silky sheen Care
  • Intense Nourishment
  • Hair Fall Rescue

SAFI SHAYLA BOTONICAL SILK4

Antara 3 botol tersebut, umi dah pun mencuba hair Fall Rescue ni.Kalau nak tanya pendapat umi, memang umi sangat recommend la produk Safi ni kalau korang jenis memilih syampu.Yelah, Safi Shayla Botanical silk ni tiada pewarna, alkohol SLS dan tiada animal testing.

Botol sebesar ni pun, harga baru bebelas ringgit je deknon oii..Cukup pemakaian selama 2 bulan.Sangat lah jimat.Kalau korang dpat habiskan sebotol dalam masa sebulan, uih..tak taulah umi nak cakap.hahaha

And yes, nak dapatkan syampu ni senang sangatlah.Kat mana-mana ada tau.Korang boleh dapatkan di Safi Shayla Botanical Silk ini di pasaraya besar, online seperti Lazada, Shopee, Watsons online dan banyak lagi.

So, tunggu apa lagi? ajom cari syampu ni secepat yang mungkin…

 

(Visited 19 times, 1 visits today)

1 thought on “Safi Shayla Botanical Silk Tanpa Paraben dan Wangi

  1. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.