Rumah Mesra Rakyat adalah program yang dirancang untuk membantu masyarakat dengan menyediakan perumahan yang terjangkau dan berkualiti.Ia merupakan inisiatif Kerajaan untuk membina atau menyediakan perumahan yang mampu dimiliki oleh rakyat dengan pendapatan sederhana atau rendah.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat sambil menjadikan permuah lebih terjangkau dan mudah diperoleh oleh golongan yang memerlukannyan.
OBJEKTIF UTAMA RUMAH MESRA RAKYATÂ
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Ia bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan rakyat dalam memperoleh perumahan dan juga untuk membangunkan komuniti yang mampan.Objektif ini termasuklah dalam menggalakkkan kepemilikan rumah dan menyokong ekonomi negara.
KONSEP RUMAH MESRA RAKYAT
Konsep rumah mesra rakyat ini adalah untuk memastikan bahawa perumahan bukan hanya menjadi aset bagi golongan yang lebih berada, tetpai juga boleh diakses oleh golongan yang memerlukan perumahan pada harga yang lebih berpatutan.Konsep ini sering diwujudkan melalui progam perumahan yang disokong oleh Kerajaan.
Tujuan utama konsep mesra rkayat adalah untuk :-
#1 Mengurangkan Bebanan Kewangan
Menyediakan perumahan dengan harga yang lebih berpatutan untuk membantu rakyat mengurangkan bebanan kewangan mereka dalam membeli rumah sendiri.
#2 Meningkatkan Taraf Hidup
Dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri atau tinggal diperumahan yang lebih baik, konsep ini meningkatkan taraf hidup mereka dan kualiti kehidupan.
#3 Membangunkan Komuniti Yang Mampan
Program perumahan seperti ini membantu membina komuniti yang mampan dan berbilang lapisan sosial.
#4 Menggalakkan Pemilikan Rumah Sendiri
Mendorong pemilikan rumah membantu rakyat mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.
#5 Menyokong Pembangunan Ekonomi
Membina perumahan baru juga memberi peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan dan berkaitan.
Dalam konteks Malaysia, konsep rumah mesra rakyat sering dikaitkan dengan pelbagai program perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan, seperti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan sebagainya. Program-program ini bertujuan untuk menyediakan perumahan yang terjangkau kepada golongan rakyat Malaysia dengan pendapatan sederhana atau rendah.
REKABENTUK RUMAH MESRA RAKYAT






SYARAT KELAYAKKAN
Untuk memohon rumah mesra rakyat, ada beberapa syarat untuk melayakkan anda untuk mendapatkannya.antaranya ialah
- Warganegara Malaysia
- Pemohonan mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi Rm5,000
- Permohonan dan pasanan tidak memilik rumah sendiri/atua memiliki rumah usang/tidak sempurna
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya.Jika pemohon bukan tuan punya tanah, permohonan mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kruang daripada 3,000 kps( tertakluk kepada rekabentuk.)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
CARA MEMOHON
Untuk membuat permohonan ikuti langkah-langkah seperti dibawah
- Layari laman web https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.
- Klik butang Permohonan
- Klik Pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran dengan lengkap
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
- Log masuk ke laman utama
- Lengkapkan borang secara online
- Cetak borang setelah selesai melengkapkan borang tersebut
- Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
- Semak maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dibawah ini disenaraikan dokumen yang diperlukanÂ
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon.
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Itulah sedikit sebanyak tentang rumah mesra rakyat, cara memohon dan syarat kelayakkan untuk mendapatkan rumah mesra rakyat ini.Semoga bermanfaat untuk anda.