Rumah Kena Pecah Masuk Lagi?

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Sebenarnya bila teringatkan balik kes Rumah kena Pecah Masuk tahun lalu,memang sedih.Pelbagai dugaan untuk kami.Tapi setiap dugaan itu Allah swt bagi sedikit kemanisan bagi kami jugak.

And,kalau korang nak tahu hari rabu bersamaan dengan 10 Jan 2018,sekali lagi rumah dipecah masuk orang.Mulanya masa aku balik kerja tu,tengok sliding door rumah terbukak,aku tak rasa sesuatu pun.Dalam pemikiran aku,mybe my husband balik,Motor dia rosak.Itu jelah yang aku fikir.Tapi lama jugak aku kat luar rumah.Aku amati balik pintu depan rumah aku tu.Aku intai-intai kasut mahupun selipar yang selalu my husband pakai tu takde,…Terus dah rasa macam menggigil badan ni..Kalut dah masa tu.Sampailah aku ternampak Jaring hijau tepi rumah dah kena koyak..Masa tu jugak aku menangis..Dah la hujan ,dengan anak sekali dok buat perangai dalam kereta..Ya Allah..Dugaan sungguh masa tu.Menggigil-gigil ketakutan aku masa tu.Tapi aku tak terus masuk rumah sebab risau kot pencuri tu ada dalam rumah lagi.

Kalau korang nampak ampaian tu,si pencuri cover untuk buat kerja-kerja bukak rumah..korang rasa bape orang yang masuk.

So,terus make a call to my husband.Dan-dan lah dia tak pickup phone.Call pulak abang aku yang duduk berdekatan Taman kami tu.Bagitahu kat dia rumah kena masuk orang.Lepas dia cool down aku,dia datang.Dalam pada dia nak datang tu,jangan cakaplah basah lencun aku nangis..Aku tak tau kenapa aku nangis bagai nak rak.Mungkin sebab risau barang-barang dalam rumah tu diorang songlap.Yelah,Laptop,tv,computer..barang-barang elektrik kat dalam rumah tu.Duit dan barang kemas takdelah simpan kat rumah tu.

Habis telinga kunci tu pencuri jahanamkan

Tapi pagi tu,patutlah berat husband nak simpan duit kat rumah pagi tu.Lepas abang and husband aku sampai,kitorang sempat call polis dulu,tanyalah samada nak masuk rumah terus or nak tunggu diorang datang..well said…oklah…kami pun masuk..Anak-anak semua tinggal kat luar,takut si pencuri kot ada kat dalam lagi ke kan.

Terus meluru masuk rumah,check kat semua bilik..Bilik Master kami memang habis disepahkan..Aku rasa pencuri tu masuk dalam lingkungan pukul 1-3 petang gitulah..Masa tu pulak tengah hujan.Padahal,rumah aku tepi jalan besar tau.Takde siapa pun perasan rumah kena masuk.Allahu…

Masa check tu,aku terus urut dada,sebab pencuri tu tak ambil laptop yang ada kat bawah Meja solek aku.And  bila bertaburan,memang tak expect rupanya tabung kami dah licin.Tak pegang ape pun masa tu.Just ambil² gambar untuk bukti je.

Masuk pulak bilik-bilik lain,alhamdulillah…Nampaknya bilik depan kami tu je kena masuk orang.Yang lain ok…Syukur sangat.

Anggaran duit tabung aku tu,dalam RM300 lah..Sebelum tu aku memang dah kira tau duit tu.Tabung aku tu togel je,,takde dah penutup dia..Bila husband balik kerja,campak duit syiling dalam tu.Penuh dah tabung tu,niat nak ganti tabung lain je.Tapi tak tercapai.

Takde rezeki lagi nak renovate rumah.Risau kot lama-lama pencuri aim lagi..Diambilnya kang barang² besar..Ya Allah…mohon jauhkanlah..

Moga Allah murahkan rezeki keluarga kami.Dapatlah bina tembok tepi tu untuk keselamatan.Malam tu jugak panggil welder untuk baiki semula tempat kunci.Sis Redha dengan apa yang jadi.Sis Halalkan jelah apa yang awak ambil.Moga Allah swt membuka pintu hati pencuri tu untuk bertaubat.

Actually duit tu aku simpan untuk hari raya.Kotlah tak cukup,ada jugak backup…Tapi apakan daya kan…emmm..Pasghah jelah sis!!!!

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

8 Comments

  1. Allahu.. rumah akak end lot ye? nasib baik xde kat rumah kan time tu..

  2. pencuri tu mmg nak duit je kot, berani dia masuk siang2 hari buat keje.. alhamdulillah nothing serius, janji eda & keluarga selamat..

  3. bersabarlah puan. semoga Allah merahmati hidup puan sekeluarga…

  4. Banyakkan bersabar sis. Yg penting sis semua selamat. Berani pencuri tu ye. Buat kerja waktu siang. Rumah tepi jalan besar pulak tu.

  5. Sis, sabar okay. Maybe Allah s.w.t nak uji sis and family. Tapi tu la berani betul pencuri tu pergi pecah masuk rumah orang siang-siang hari ye..

  6. Allahu Sis.. Harap bertabah dan bersabar… Dulu rumah sewa sy pun pnh kena masuk pencuri sis sekitar Jam 4-5 pagi macam tu… Semua orang tidur nyenyak.. Sedar2 je, phone, duit, beg duit kami semua habis ke rembat… Mujur laptop tak kena.. Mungkin sebab pencuri ni bawa beg kecik kot.. Atau memang modus operandi mereka adalah rembat beg dan phone semata… Wallahualam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *