Roti Gardenia ala Roti Boy

Roti Gardenia ala Roti Boy Senang Je Nak Buat

Roti Gardenia ala Roti Boy Senang Je Nak Buat rupanya.Yelah nak menguli roti tu jadi roti boy tak mungkin la kan sebab umi ni bab buat roti memang fail.Kalau bab beli roti tu senang je.Hulur duit je terus dapat.Anak-anak ni pulak sejenis suka sangat dengan roti boy.Pantang nampak mesti nak beli sorang satu.

Tapi bila dah lama tak masuk mall, jadi rindulah bebudak ni nak makan.Disebabkan masa tu dok viral orang buat roti boy guna roti gardenia tu, umi pun cuba.Benda viral kalau boleh kita cuba kita cuba.Kalau tak boleh kita tengok jelah kan.Benda viral yang beratur panjang tu toksahlah suruh umi pergi ui, memang jarang ler umi nak buat.

Jadi boleh dikatakan setiap bulan tu 2-3 kali jugak umi buat, tetapi tetap bergantung kepada kerajinan umi.Bak kata babah, beli oven tu memang dia pandai buat sendiri.Jadi tukun lelama oven tu.

Masa sebelum dapat oven, bukan main dok tengok resepi, dah ada oven duduk menyepi.Hahahahah.

Baca juga: Resepi Burn cheesecake tanpa whiping cream

Nak buat roti gardenia ala roti boy ni pun takdelah susah mana pun.Janji ada roti dan baha-bahan lain, confirm jadi.Jangan lupa add on dengan kerajinan jugak, sebab itu salah satu resepi yang bakal menjadi atau tidak.

Korang pun kalau rasa roti tu terlebih-lebih kat rumah, dan hampir nak epxired tu boleh la buat resepi  roti gardenia ala roti boy ni.

RESEPI ROTI GARDENIA ALA ROTI BOY

Roti Gardenia ala Roti Boy

Bahan Yang Diperlukan

  • 1/4 butter
  • 1/4 cawan gula(ikutlah korang nak manis macam mana)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar bancuhan kopi/nescafe

Cara Penyediaan

  • Kalau ikut umi, potong roti tu jadi segitiga
  • Topping tu campur bahan-bahan diatas, pukul sehingga kembang
  • Kemudian masukkan dalam piping beg
  • Roti yang segitiga tu korang sumbatlah butter yang dipotong kecil-kecil dan kapitkan sekali seperti gambar dibawah
  • Diatasnya pula, oles topping yang dimasukkan dalam piping beg tu.
  • Bakar dalam 15-20 minit ikut suhu oven korang.
  • Dah siap untuk dihidangkan.Memang bau semerbak roti kopi yang korang beli kat kedai tu lah

Roti Gardenia ala Roti Boy

Topping tu umi buat lebih lepas tu simpan dalam peti ais.Bebila budak ni nak makan, umi ulang jelah buat benda yang sama.Hah gitu!! selagi anak nak makan, kita buat jelah.Tapi kalau buat selalu pun takleh jugak, nanti anak cepat jemu.Biar dia excited sikit kalau buat ni.

Roti Gardenia ala Roti Boy

Sorang 3 keping uii.Makan plak masa roti tu panas lagi, memang lembut dan rangup.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *