Sedap ke Roti Canai Kayu Arang yang viral di Melaka tu? Roti canai kayu arang ni memang tempat makan viral di Melaka.Sebut je roti canai kayu arang.Mesti ramai yang tau.
Kenapa dia panggil roti canai kayu arang? Apa pula bezanya dengang roti canai yang biasa kita makan di kedai mamak atau di kedai melayu yang lain?
Bila tengok gambar-gambar yang umi dah google baru umi tau kelainan roti canai yang ada di kedai ni.Roti canai tu di di goreng/bakar menggunakan arang ye.Bukan pakai gas yang biasa kita tengok di kedai-kedai biasa.Itulah keunikkan Roti canai di kedai ni.
Masa umi ke Melaka beberapa minggu yang lalu, boleh baca entry staycation 2D1N di swan Garden.Bila korang baca entry lepas, mesti korang tahu kenapa umi ke sana.
Bila dah namanya Jalan-jalan cari makan di Melaka, mestilah akan singgah tempat-tempat makan yang viral ni kan.Apa tempat makan yang viral di Melaka tu?Meh umi senaraikan sikit tempat makan menarik di Melaka untuk korang.
Mana tau kan bila korang ke Melaka, boleh tengok list ni semula dan plan untuk ke sana nanti
10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI MELAKA
- Cendol Kampung Hulu
- Calanthe Art Cafe ( 13 jenis Kopi di Calanthe Art Cafe )
- Mango Float Royal
- Roti Canai Kayu Arang
- Medan Ikan Bakar Crystal bay ( Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka)
- Mee Besen Original
- Coconut Shake Klebang
- Kuih Keria Antarabangsa Limbongan
- Restoran Klasik Terapung
- Mee Goreng Hasan
Hah..Itulah dia 10 tempat makan menarik di Melaka.Jom kita sambung balik cerita umi jalan-jalan cari makan sekitar Melaka ni dengan partner umi Rihana.
Kami dari Hotel dalam pukul 7 pagi.Ingatkan waktu tu terlalu pagi untuk kami datang, tapi silap.Bila tengok rupanya dah beratur juga orang.Itu yang beratur, belum lagi yang menunggu makanan.
Pastikan korang mematuhi SOP yang ditetapkan ye.Tak perlu tunggu Pak Menteri ingatkan beberapa kali untuk patuhi SOP.
Tapi walaupun beratur, takdelah lama sangat pun.Kami dapat tempat juga akhirnya.Nasib baik ada pelanggan yang baik hati tumpangkan meja dia untuk kami berdua.Pelanggan tu pun hanya berdua je. Jadi bolehlah kami menyelit berdua.
Apa yang kami order? Dan tentunya kami nak pesan Signature kedai ni iaitu Roti Canai Nanchos.Malangnya mereka tak buat hari tu.So, bila umi perhatikan ramai yang order roti Tampal dangdut macam gambar kat bawah ni.
Jadi kami order Roti tampal dangdut dua dan Nes.Hah..Cukup menu tu sebabnya kami plan lepas pada makan roti canai, kami terus nak ke Mee Hassan Tengkera atau lebih dikenali sebagai Mee Bodo.
Nanti umi cerita di lain entry pasal makan mee bodo tu ye.
Oh ya, untuk pengetahuan korang, selain roti canai banyak lagi menu-menu yang korang boleh pesan.Ada nasi lemak, lontong, mee kari, soto nasi dan macam-macam kuih dan muih kat situ.Memandangkan kami kena jimatkan space perut kami untuk next destination, maka kami hanya makan makanan yang diviralkan sahaja.
Menu yang kami pesan dah sampai.Umi dah dapat agak kenapa ada panggilan dangdut disitu.Telur kuning yang separuh masak tu akan berjoget-joget bila kita gerakkan pinggan tu.Gerakkan tu lah yang dipanggil dangdut..:) 🙂 🙂 wallahualam la.
Ok.Ni part istimewa kenapa ianya dipanggil roti canai kayu arang
Apa yang umi nampak ada dua orang yang menebar tanpa henti masa kami datang.Hebat betul kakak ni.Bukan senang nak senang weh!! Umi tengok dia pun umi yang rasa penat.Inikan pulak dia.
Masa umi menunggu makanan tu pun ada pelanggan yang tak puas hati sebab makanan dia lambat sampai.
Kalau tempat-tempat viral ni, kalau korang jenis tak sabar menunggu.Please jangan datang.Boleh cari tempat lain yang tak viral, jadi takdelah ramai orang.Betul tak?
Bayangkan pekerja tu nak melayan bukan awak sorang, kadang-kadang ada sifat terlupa yang dia ada dek kerana terpaksa melayan bukan puluhan tau, beratus orang yang datang.Dan yang order tu pun bukan order roti canai sekeping je.So, kesabaran tu kena tinggi bila korang datang ke tempat-tempat makanan viral macam ni.
Ada dua orang yang umi tengok menebar roti canai.Itu pun umi rasa akan silih berganti jugak.Yelah, nak harapkan sorang menebar memang ler penat.
Banjir kuahnya tu umi suka.Memang lengkap ler semua dengan sambal dan dua biji telur tu.Kenyang alhamdulillah.So, Sedap ke Roti Canai Kayu Arang yang viral di Melaka tu?
Jom baca rating dan pendapat umi setelah makan roti canai kayu arang ni.
PENDAPAT UMI TENTANG ROTI CANAI KAYU ARANG NI
Ini adalah pendapat jujur dari umi yang memang sukakan roti canai ye..Hahaha…So setiap tekak memang takkan sama dengan tekak kita sendiri.Ada yang kata sedap dan ada yang kata biasa-biasa.
Rating yang umi boleh bagi adalah 3.5/5
Rotinya biasa-biasa je bagi umi.Tak berapa lembut dan garing.Kuahnya pulak walaupun umi suka dibanjiri dengan kuah macam tu, tapi ada yang kurang pada kuahnya.Mungkin kurang berasa lah orang kata.
Tapi bila dilihat dari segi harga memang memadai makan kat situ.Tak murah sangat dan tak lah mahal sangat.Kami makan dua orang pun tak sampai RM10 ye.
Kalau korang ke Melaka nak menyinggah ke sini, umi sertakan alamat dan maps untuk korang ye
Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Ko dah pernah cuba makan roti canai di Taman Cahaya Masai yang depannya kedai runcit? kalau pernah, ramai kata roti dia lebih sedap dari kayu arang ni hehehehe..
ASis ko sampai gian tiap kali pergi sarapan…singgah makan roti dulu baru ke Kong Kong selalunya, cuma nak amik gambar, ramai nau orang…
Pehh.. banjir pinggan ummi
kat mana tu sis? nanti nak pi survey
hahaha..sesekali membanjiri pinggan 🙂
belajar kat melaka tiga tahun belom pernah pergi walaupun sekali. rugi rugi..
aaa bestnyaaa…ri tu nak makan sini tapi sebab jauh dari hotel, kitorang cancel and pergi tempat lain…
ciktom suka yg sekali dgn nanchos tu..lupa nama..sedap giler
hah tulah..time tu dia tak buat pulak
next time boleh pegi cik sun
ala. ruginya…next time pegi 🙂