Richworks Komited Bantu 605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021

RichWorks Komited Bantu 605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021

RichWorks Komited Bantu  605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021 | Ramai yang terkesan dek ujian yang melanda rakyat akhir tahun 2021.

Kita melihat ramai masyarakat yang kehilangan tempat tinggal, harta dan nyawa orang tersayang dek musibah banjir yang amat dahsyat pada penghujung tahun lepas.

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan itu sahaja, mereka yang berniaga juga kehilangan banyak barang-barang dagangan yang dihanyutkan oleh air dan sekaligus tidak boleh digunakan lagi selepas tu.

Apalah daya mereka untuk menyelamatkan barang-barang tu semua kan?

Perkara yang berlaku sekelip mata memberikan impak yang besar kepada kehidupan mereka khususnya peniaga-peniaga dan usahawan.

Menyedari situasi yang berlaku kepada usahawan yang terkesan akibat banjir ini, RichWorks tampil untuk meringankan masalah para usahawan ini.

RichWorks Komited Bantu  605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021

RICHWORKS BANTU RAKYAT MENANGANI MASALAH KERANA FAHAM DENGAN SITUASI YANG BERLAKU

Nama Richworks International Sdn Bhd (RichWorks) tidak asing lagi di dalam negara kita. Ia cukup dikenali oleh setiap lapisan masyarakat yang banyak melahirkan usahawan-usahawan millioner yang berjaya.

Pengasas RichWorks iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman, pernah dijangkiti Covid-19 beserta dengan 31 ahli keluarganya yang lain. Dan syukur alhamdulillah dia semakin baik walaupun kesedihan kehilangan ibu mertuanya meninggal dunia akibat virus itu.

Dr.Azizan berkata kesembuhan itu merupakan peluang kedua yang Allah swt berikan kepadanya untuk digunakan sebaiknya dengan memberikan lebih lagi peluang untuk membantu lebih ramai usahawan terutama dalam Richworks Academy bimbingannya.

Musibah banjir yang melanda memberi kesan kepada Richworks dan itu bukanlah satu perkara yang mematahkan semangat mereka.

RichWorks Komited Bantu  605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021

Dengan kejadian yang melanda Dr Azizan tak pernah sesekali untuk menyalahkan takdir malah beliau terus bangkit untuk terus membantu mereka yang terkesan.

Semangat yang ada padanya memang patut kita contohi. Lihat sahaja selepas beliau pulih dari virus yang pernah doktor katakan sudah tidak ada harapannya untuk sembuh, beliau bangkit dengan komited menjalankan program percuma yang dihadiri oleh ribuan orang.

RichWorks Komited Bantu  605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021

Kenapa beliau bersusah payah sehingga ke tahap ini?

Kerana beliau mahu membantu golongan usahawan untuk kembali berdiri dan menapakkan kaki untuk terus berpijak dan tidak sesekali berputus asa.

Beliau telah menyediakan 7 Program percuma bersamaan 98 jam masa dijayakan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Ini telah dibuktikan pada tahun 2021, RichWorks membantu hampir 605,00 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh Richworks pada tahun lalu.

KEPRIHATINAN RICHWORKS DIANGKAT DALAM DEWAN RAKYAT

Salah satu program yang telah dilaksanakan oleh Richworks adalah Wanita bangkit Berniaga ( WBB).

Program Wanita bangkit Berniaga ( WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Richworks, Radz Mohd memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan Richwell(Richwell).

Kempen #RichwellBantu yang digerakkan Dr,Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,00 keluarga.

Tidak berhenti disitu, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan Richworks sendiri dalam masa 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu, katanya.

Menurut Radz lagi, Richworks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824, 160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik Richworks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Usahawan Jutawan From Zero To Million Bermula disini

Sejak mula ditubuhkan sehingga ke hari ini, RIchworks masih terus mendapat perhatian dari kebanyakkan usahawan dalam negara ini.

Sebagai Bukti, tahun lalu telah menyaksikan jumlah keseluruhan peserta mentoring Richworks (Titanium, Spire dan EliteX) berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Bagi ahli RIchworks Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 jua (519 ahli Spire Richworks) dan RM46.9 juta( 1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire, Richworks menyediakan didikan dan tamparan semangat kepada usahawan untuk capai jualan RM1 juta pertama dalam masa setahun.Alhamdulillah sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu sahaja, malah sebanyak 77 bisnes dibawah bimbingan Richworks turut mencapai lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes(RM100 juta ke atas) pada tahun 2021.

Ada lagi yang masih tidak mengenali RICHWORKS?

Untuk korang yang masih belum mengenali Richworks dengan lebih rapat lagi, Ia merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia pada ketika ini.

Richworks amat terkenal dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan untuk sesebuah syarikat.

RichWorks Komited Bantu  605,000 usahawan Bangkit Dari Pandemik Tahun 2021

Dari Tahun 2008 lagi, Richworks dah bantu lebih dari 10,00 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian ( Virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti strategi pemasaran dan mentoring, Richworks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi Richworks untuk menjadi seakan Netflix Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 nanti.

VIDEO SEPANJANG PERJALANAN DAN PERJUANGAN RICHWORKS TAHUN 2021

Richworks International adalah sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam bidang pembangunan keusahawanan.

Umi sertakan video sepanjang perjalanan dan perjuangan Richworks pada tahun 2021.Sama-sama kita saksikan sebahagian besar kejayaan yang direkodkan oleh Team Richworks pada tahun lalu.

 

 

 

Dan sekali lagi mesti korang tertanya-tanya kan harga untuk seminar Dr Azizan Osman ini dan bagaimana nak join RIchworks kan?

Korang hanya perlu masuk ke website rasmi Richworks

Jadi adakah korang antara salah seorang Usahawan Millioner yang akan bangkit nanti? Nak meniaga kena ada ilmu. Nak ilmu kita perlu usaha. Nak ilmu juga kita perlukan guru yang betul-betul komited nak bantu.

Bila tengok berapa ramai usahawan yang berjaya bangkit, umi pulak rasa teruja untuk menjadi salah seorang dari mereka.

Kita sepatutnya kagum melihat seorang anak melayu yang bekerja keras demi melahirkan usahawan-usahawan kecil yang berjaya sekarang ni kan.

Tahniah Datuk Wira Dr Azizan Osman yang telah menerima Nona Mens Business mentor award. Beliau sememangnya layak.

All the best kepada Richworks, semoga Richworks komited bantu lebih banyak lagi wira usahawan di Malaysia.Umi bangga bila melihat ramai usahawan yang berjaya hasil dari didikan Dato Azizan Osman.

Sesungguhnya masih ramai orang yang memerlukan khidmat Richworks untuk kembali bangkit dengan penuh berani!

Semoga RichWorks Komited Bantu  usahawan Bangkit Dari Pandemik untuk tahun yang mendatang

Loading

9 Comments

  1. sebut Dr Azizan Osman, lejen dalam seminar perusahawanan sebelum wujud yang lainnya. Semoga dipermudahkan urusan RichWorks.

  2. Terbaik la RichWorks.. semoga usaha ini diperluaskan

  3. Moga Richworks terus berkembang maju. Bukan mudah untuk bangkit selepas pandemik.

  4. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

  5. Tahniah Richworks. Semoga terus sukses bantu ramai usahawan dan beri program percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *