tart telur

Rezeki Tart Telur Di Pagi Jumaat Syukur Alhamdulillah

Rezeki Tart Telur Di Pagi Jumaat Syukur Alhamdulillah | Boleh dikatakan setiap jumaat ada sahaja hamba Allah yang memberi sedekah berupa makanan

Setiap hari jumaat mesti ada je hamba Allah yang berikan 10 bungkus Tart Telur untuk diberikan kepada jiran-jiran kami.Umi dengan anak-anak memang minat tart telur si Anis ni buat.Sedap pada umi.

Bukan dia pandai buat tart telur je, malah kuih pebret umi tart nenas pun selalu beli dengan dia.Anis ni guru mengaji si dak Auni dan dak Fiyah.Haishh, memang dah lama la diorang ni tak mengaji.Since sebelum PKP lagi diorang ni tak mengaji.Cikgu Anis terpaksa stop kan dulu aktiviti mengaji ni sebab risau.

Yelah, umi pun risau jugak kalau diorang ni kang, balik ngaji melencong kelain.Dengan wabak yang kat mana-mana boleh dapat ni, memang sangat menakutkan.Jadi umi lah yang kena ajar diorang mengaji.Dah ler umi bab mengar ni failed.Terpaksalah refer youtube dan sebagainya.

Tart Telur besar macam ni. 5 Biji Rm8 sahaja

Bukan tak boleh mengajar, cuma risau cara sebutan yang diajar tu salah.Umi pun masih dalam pembelajaran lagi.Nasib baiklah ustaz-ustaz Maimengaji banyak membantu.

So, pagi ni umi dapat dua bungkus tart telur.Satu umi beli dan satu lagi dari sedekah tu.Umi beli sebab nak bawa ke office.Nak share makan dengan bebudak office yang berapa kerat je datang hari ni.

 

Banyak pahala yang memberi sedekah.Korang tahu tak, janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Memang banyak keistimewaan kepada orang yang bersedekah ni.Lagi banyak kita bersedekah lagi banyak rezeki yang datang pada kita.Jangan takut untuk beri rezeki kepada orang lain.

Untuk orang yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.

Nauzubillah.Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang kedekut dan kikir ni.

Kotlah kan korang yang nak dapatkan tart telur area Pasir Gudang ni bolehlah dapatkan dengan Anis ni.Gerenti puas hati.

Ni kalau umi mengadap sorang pun boleh habis ni.Bersyukur kerana dapat rezeki tart telur di pagi jumaat Syukur Alhamdulillah.

Banyak kerja nak di settlekan hari ni sambil menikmati tart telur..hahaha

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *